Skip to main content

Pergi Tak Kembali

Malam tadi kami menerima berita yang sangat menyedihkan. Mak Long kami telah menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada pukul 11.40 malam. Mak Long pergi belum sampai 100 hari pemergian Pak Long.
 
Aida rasa bersyukur kerana sempat menziarah Mak Long pada hari Ahad yang lepas dengan Abah, Anyah dan Ateh. Rupanya selepas kami pulang ke rumah, Mak Long mengalami stroke dan tak mampu bercakap langsung. Bersyukur rasanya kerana kami sempat bersembang dengan Mak Long pada hari Ahad tersebut walaupun Mak Long kelihatan begitu uzur sekali.
 
Perginya Mak Long bermakna dah habislah pakcik dan makcik disebelah mak. Keluarga sebenar mak agak besar berbanding abah yang cuma tiga beradik. Tapi mak dibesarkan oleh ayah saudara.Jadi kami cuma rapat dengan 'adik beradik' yang membesar bersama mak dan bukan adik beradik sebenar mak. Adik beradik mak sebenar kami hanya kenal begitu sahaja. Hubungan keluarga tak berapa nak wujud sangat. Bagi kami, adik beradik mak adalah Pak Long dan Arwah Pak Ngah. Oleh kerana Arwah Pak Ngah tinggal di Singapura, maka Arwah Pak Long sekeluarga lah keluarga sebelah mak yang rapat dengan kami. Jadi dengan perginya Arwah Pak Long pada bulan April yang lalu, dan perginya Mak Long semalam, kami rasa dah tiada dah Pak Cik dan Makcik disebelah mak lagi. 
 
Mak Long,
 
Selamat kembali ke dunia abadi.
Terima kasih atas kasih saying yang diberi selama ini.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar kepada kami selama ini.
Kami pasti akan merindui Maklong.
Rindu masakan Mak Long,
Rindu gurau senda Mak Long.
Rindu segalanya tentang Mak Long.
Doa kami semoga Mak Long tenang di sana.
Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh Mak Long.
Tenanglah Mak Long.
Sampai masanya kami pasti akan menyusul juga.
Kepada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
 
Al-Fatihah buat Maklongku, Fatimah binti Kasman.
 
 
Kenangan Abadi
 
Kami adik beradik perempuan dengan Mak Long semasa majlis pertunangan Amie dan Shara

Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah