Skip to main content

Posts

I miss you my friend!

I miss you more than words can say, I think of you each single day, I love you like my brother and friend, I'll always love you till the end, The more I think, the more I weep,  At least I have memories to keep, I know we'll meet again soon enough,  But I can't wait cos this is tough,  Every time I see a pretty flower,  I think of you then my eyes shower,  Every time I take out my photo pile,  I look at you and me and I smile,  All the memories  hold in my heart,  No need to miss you, We're not apart.    

Selamat Bertunang Adikku, Amie

Tengah hari tadi telah selamat berlangsungnya Majlis Pertunangan adik aku, Amie dengan Shara. Majlis serba sederhana tersebut diadakan di rumah Shara di Sungai Sering, Kuala Lumpur. Orang KL lagi nampaknya menantu abah kali ni. :-) Aku tak nak cerita banyak cukuplah aku kongsikan sedikit gambar untuk tatapan teman-teman semua. Gambar anak beranak lelaki (kecuali Amie dan Abah) takde sbb diorg tak nak ambik gambo. Makanya gambir perempuan je lah ya. Adik aku, Mohd Azmie Mohd Salleh @ AMie @ Achik   Sireh junjung yang tak berapa nak junjung sangat.   Cincin dan Bunga Rampai   Kain Pasang untuk dipakai semasa majlis Pernikahan nanti. Insyaallah. Kek Choc Moist. with Choc Ganache, Deco with Kitkat & Maltisers (Air tangan aku ni. Abah yang request)     Buah-Buahan Chocolate air tangan adik aku, Ain @ Andak   7 botol Ciskut (Air tangan aku jugak ni)     kami dengan dulang h...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Jom Kembali ke Sekolah

Khas untuk ibubapa yang sibuk di luar sana. Kalau korang berminat bolehlah try contact diorg via FB ItsyBitsy. :-)

Gegar Vaganza

Korang follow tak program Gegar Vaganza kat Astro tu? Aku bukanlah penggemar setia program tu. Tapi adalah beberapa kali tengok program tu. Aku bukan nak komen tentang program tu. Cuma nak komen tentang salah sorang pesertanya.   Haleeda.....Korang kenal kan?   Aku bukan nak pertikai tentang suara dia. Suara dia memang ok. Tapi gaya persembahan dia. Aku rasa tak best betul bila tengok dia menyanyi dengan kaki terkangkang luas tu. Rasa tak sopan betul bila perempuan menyanyi terkangkang macam tu, lebih-lebih lagi dia bertudung. Sangat tak manis rupanya. Kalau sekali tu mungkin aku rasa boleh abaikan jer tapi bila dah bebeapa kali tengok dia menyanyi dan berdiri dengan kaki terbukak luas macam tu aku jadi keliru. Dia memang tak boleh rapat kaki ker? Tak manis betul...Huhuhuhuuu...   Mungkin orang lain tak rasa apa. Rasa macam ok jer. Tapi bagi aku memang tak ok. Perempuan, melayu, bertudung, berusia matang tapi menyanyi dan berdiri dengan...

Lunch Date with Sista

AFF Suzuki 2014

Tahniah Harimau Malaya!

Ekspo Buku Malaysia

Untuk makluman semua, esok akan berlangsungnya satu lagi pesta jualan buku yang dinamai Ekspo Buku Malaysia. Jadi kepada ulat-ulat buku sekalian, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jom kita shoppinggggg...   Tarikh: 10 - 14 Disember 2014   Tempat: Dewan Tun Hessein On & Legar Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra   Penganjur: Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)         

Pergi Tak Kembali

Petang tadi aku dan rakan-rakan di pejabat dikejutkan dengan satu berita. Berita yang sangat mengejutkan. Memang terkejut dan amat terkejut (banyak terkejutkan? Sebab mmg kami sangat-sangat terkejut. Huhuhuu).   Seorang rakan kami di pejabat telah kehilangan suami hari ini. Berita kematian yang sangat mengejutkan. Suami beliau baru berusia 30-an. Katanya punca kematian dikatakan Stroke Attack . Muda sangat kan? dan yang lebih mengharu dan menyedihkan kami di pejabat adalah isteri ini baru sahaja melahirkan anak kedua. Seingat aku seperti belum habis pantang lagi.   Tak tergambar perasaannya. Aku walaupun belum bersuami seperti dapat merasai kesedihan yang dirasainya itu. Kepada sahabatku Suria, semoga awak terus tabah. Jangan diikutkan hati. Jagalah 2 permata hati yang ditinggalkan sebaiknya. jadikan mereka anak yang soleh supaya dapat sentiasa berdoa untuk ayah tercinta yang telah terlebih dahulu pergi menemui pencipta.       Kepada semu...

AFF Suzuki 2014 Separuh Akhir: Malaysia vs Vietnam

Perlawanan Separuh Akhir pertama antara Malaysia dengan Vietnam dah pun berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 1-2 di tangan Vietnam. Aku bukanlah nak bercakap sangat tentang perlawanan tu tapi aku cuma nak bercakap tentang insiden yang berlaku selepas itu. Sedih aku tengok kejadian ni. Mana perginya adap sopan mereka ni? Kenapa emosi harus mendahului akal mereka?  Kalau nak kira sedih siapa yang tak sedih? Memang semua rakyat Malaysia mengharapkan kemenangan tetapi kalau dah ditakdirkan kita kalah nak buat macam mana. Terima je lah dengan hati terbuka. Yang nak pukul orang semua tu buat apa? Berubah ke keputusan kalau buat macam tu? Korang tak malu ke? Kalau korang tak malu, kami yang tak terlibat ni rasa malu. Malu sangat. Tolonglah berfikir dengan akal yang waras sebelum ambil apa-apa tindakan.   Bila kalah macam ni korang marah. Tapi masa menang dengan Singapura elok jer korang bahan Singapura kan. Keeper kat mana keeper kat mana? Tolonglah jadi l...

Pelayaran Islamik

The Kasihs Shawl

Korang pernah dengar pasal The Kasihs Shawl? Ala shawl yang dijual oleh Filla, blogger terkenal tu. Takkan tak kenal kot? kalau tak kenal sila pi google blog The Kasihs. Ah malas? Ish korang ni. Oklah aku bagi URL dia. Ni ambik.... The Kasihs. Baikkan aku :-)   Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal blog dia. Tapi aku nak cerita tentang shawl dia jer. Aku dah jatuh cinta dengan Chiffon Shawl dia. Memang best giler. lembut jer chiffon dia tau. Dah leh lembut, sejuk plak pastuh flowy pulak. pendek cerita memang best lah. Eh korang jangan salah paham. Aku bukan buat iklan untuk Filla tau. Tapi aku cakap ikhlas dari hati ni. memang aku suka Chiffon Shawl dari The kasihs ni.   Mula2 dulu aku beli satu jer. Nak try dulu. Bila dah pakai. Aku rasa memang best aku beli lagi 3. Pastuh baru ni aku beli lagi 3. So skg aku dah ada 7 ok. Aku rasa cam nak tambah lagi. Tunggu Filla tambah kaler dulu. :-) Ni antara koleksii yang aku ada. Ni aku bagi details skit pasal Chiff...

Secret Admirer?

Aku ada cerita kelakar, romantic, sweet tapi seram. Nak tau ker? Ceritanya camni. Pagi tadi masa aku nak gi kerja aku jumpa note ni kat kereta aku. Sebenarnya masa nak gi kerja aku tak perasan. Bila dah start driving baru aku perasan ada kertas terselit kat wiper. Aku gerakkanlah wiper nak buang tapi tak jatuh pulak. So dalam hati aku kata nantilah sampai opis aku buang.   Jadi bila dah elok parking kereta kat opis aku pun nak buanglah kertas tu. Sekali...opsssssss...ada tulisan rupanya. Bila baca aku terus terkezut. Mak aiiiii....saper plak punya keje ni? Suspen kot pagi2 ada kertas gini kat kereta.   Aku suspen sebab:   i)  Orang yang letak tu tau rumah aku ii) Orang yang letak tu tau kereta aku   Siapa orang tu? Ishhhh...kalau ya pun rindu kat aku meh lah cakap depan muka aku ni. paling2 pun call jer,.Apa susah2 sangat main selit2 kertas kat wiper ni? Awatlah yang kreatif sangat. Aku appreciatelah kan tapi I tak suka tau...huhuhuuuu...

Masterchef Australia 2014

Inilah kegilaan aku sekarang ni, Masterchef Australia 2014. Aku suka tgk Masterchef Australia berbanding Masterchef USA dan Masterchef Malaysia. Aku rasa peserta Masterchef Australia ni bagus...saling bekerjasama, tak busuk hati atau iri hati atau dengki mendengki. Tapi ni pendapat peribadi aku lah. Kalau ada yang tak setuju aku mintak maaflah ya.   The Contestants   Photo credit to cornercafe.wordpress.com   The Judges   Photo credit to www.news.com.au     My Favourite    

Mallorca Favourite Son

My idol, Rafael Nadal Parera was named 'Favourite Son of Mallorca today.   Congratulation Champion!   Photo credit to diariodemallorca.es and the photographer, Guillem Bosch . Photo credit to rafaelnadalfan.com Photo credit to rafaelnadalfan.com

Suamiku Encik Sotong

Korang jangan salah faham plak tentang topic ni ya. Encik Sotong tu bukan suami aku tau. Lagipun mana aku ada suami. Akukan bujang terlajak laris . Opssssss termengata diri sendiri plak. Hehehehee... Aku bercakap tentang drama kat TV yang ni lah.....     Drama ni sebenarnya adaptasi daripada novel karya Syikin Zainal, terbitan Alaf 21. Ditayangkan di Astro Ria dan Astro Maya pada setiap hari Isnin, pukul 10.00 - 11.00 malam.    Dah lama sebenarnya aku tak follow mana-mana drama bersiri ni. Sebabnya aku ni bukan suka sangat tengok TV sekarang ni. Drama ni pun aku baru jer tengok 3 episode. Takde niat nak tengok  pun pada awalnya. Start tengok tu bila abah aku dok tanya pasal drama  ni. Kesan daripada promo yang agak kerap kat tv tu lah kan. Jadi kitaorang pun tengoklah.  Tapi bila tengok cam ok jugaklah. Suka tengok si sotong tu. Gedik semacam walaupun kadang-kadang tak menjadi sangat kesotongannya tu. Tapi kira ok ...

Short Trip to Tokyo, Japan - Part 2

Mount Fuji   GOTEMBA PREMIUM OUTLET TOKYO