Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

DIRGAHAYU DBP

Assalamualaikum dan Salam Semua! Dewan Bahasa dan Pustaka atau lebih dikenali dengan nama DBP telah ditubuhkan semasa negara sedang dalam persiapan menyambut kemerdekaan. DBP ditubuhkan sebagai  sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran  di Bukit Timbalan, Johor Bahru dengan nama Balai Pustaka  p ada 22 Jun 1956 . Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 – 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres tersebut yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka.  DBP kemudiannya  berpindah ke Kuala Lumpur di sebuah bangunan bekas wad hospital di Jalan Young pada tahun 1957.  Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu menggubal dasarnya yang

I'm Back!

Assalamualaikum & Hai Semua! Insyaallah mulai hari ini, Kakda akan kembali menulis di blog yang tak sepertinya ini yang dah tiga tahun ditinggalkan. Sebab yang pertama, Kakda dah ada laptop baru yang pecutannya lebih hebat dan sebab kedua Kakda  suka baca coretan sendiri. Macam baca buku sejarahlah lebih kurang 😄 Oleh yang demikian, dengan atau tanpa pembaca lain, Kakda akan terus menulis. Supaya Kakda boleh baca pada masa akan datang. Kalau ada pembaca, terima kasih kepada yang sudi luangkan masa. Semoga ada manafaat hasil pembacaan anda semua itu nanti. Insyaallah. * Sekarang nak bahasakan diri sebagai Kakda pula. Dah 40an ni kan so dah pangkat akak ngan makcik dah ni. Hihihi...Nak bahasakan diri sebagai Aida macam sebelum ni rasa dah tua dah tak berapa nak remaja dah. Heheheee..... Gambar kenangan di Oxford University, 2019.