Salam Jumaat buat semua. Aku ada sesuatu untuk dikongsi bersama. Semoga memberi manafaat kepada semua. Cerita ini aku ambil dari FB. .............................................................................. Melihat rakan-rakan sekolah mengumpul permainan dalam kotak Tora Aman, aku iri hati dan merasakan seolah-olah ibubapa aku tidak menyImahi aku kerana tidak dapat memberikan aku duit untuk berbelanja seperti rakan-rakan sekolah. Satu hari, Abah pulang dari kerja. Abah terus menukar pakaian dan memakai tuala untuk ... mandi. Dompet Abah masih di dalam seluar slack lusuhnya. Disebabkan terlalu iri hati dengan rakan-rakan yang mengejek aku tidak mempunyai permainan yang dikumpulkan daripada kotak makanan Tora Aman, aku mengambil peluang mencuri RM10 daripada dompet Abah ketika Abah sedang mandi. Aku mengira duit yang ada dalam dompet Abah, ada RM200, tapi semuanya RM10. “Abah tak akan perasan kot aku mengambil sekeping,” bisik hati ku. Tiba-tiba… mak memangg...