Malam ini seluruh negara dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah Mursyidul Am PAS, seorang Murabbi, Datuk Bentara Diraja Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih mesra dengan panggilan Tok Guru..
Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan para anbiya', syuhada dan pemimpin yang memjuangkan agama Islam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Tok Guru,
Damailah kau di sana,
Kami akan sentiasa merinduimu.
Kami akan sentiasa merinduimu.
Telah berdiri
Seorang lelaki
Hidup berbekal
kecekalan diri.
Walau menghadapi
sejuta cabaran
Terus berpaut pada
kebenaran.
Berkurun sudah kau
merintis jalan
Bertahun sudah
hasratmu terhalang.
Tetap bersemarak
Api keazaman
Bara keramat doa dan
harapan.
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga
ke setangga.
Semakin hampir
menjejak puncak
Semakin sering kau
ditikam onak.
Namun kerana kau
lelaki
Derita dapat
diselindungi
Tangisanmu rahsia di
hati.
alfatihah... moga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteSedihnya dengan pemergian beliau. Al fatihah
ReplyDelete