Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Isu Semasa

Dato' Sri Anwar Ibrahim VS Mohd Saiful Bukhari Azlan

"Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman lima tahun penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim".   Itulah keputusan yang kita dengar petang ni. Pelbagai pandangan, pendapat dan komen diberikan. FB kita dilimpahi dengan komen yang pelbagai. Ada yang menyokong tapi ramai yang menghentam. Ramai yang simpati tapi tak kurang juga yang suka hati.   Bagi aku sendiri, biarlah rahsia. pandangan aku dan pendapat aku aku rasa baik aku simpan dalam hati. demi menjaga hati semua pihak.   Tapi yang pasti, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Mungkin ada yang berkata aku penyokong Dato' Sri Anwar Ibrahim. Tapi jangan buat andaian sendiri. Aku ingin perkara ini dipandang dari segi kemanusiaan. Apa perasaan kita kalau berada di tempat mereka. Itu sahaja. Air mata yang menitis ini adalah atas dasar kemanusiaan.   Photo Credit to FB Dr.. Wan Azizah Photo Credit to FB Dr. Wan Azizah

Rotan Anak Satu Kesalahan Jenayah?

Aku terkesima membaca berita di bawah ni. Korang macam mana?   Credit: Utusan Online

Datum Jelatek

Semalam kampung aku, Taman Keramat (kampung lah sangat kan? hehehe) glamer sekejab. Masuk TV arus perdana kerana isu protes Projek Datum Jelatek. Kalau korang nak tau Projek Datum Jelatek ni adalah projek pembinaan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli belah di atas Tanah seluas 2.4 ekar beesebelahan dengan Stesen LRT Jelatek. kawan ni dahulunya merupakan kawasan rumah pangsa PKNS. Ada 4 blok rumah pangsa PKNS setinggi 4 tingkat di kawasan tu sebelum ni. Semua rumah pangsa tu telah di robohkan beberapa tahun lepas untuk projek baru. Penghuni rumah pangsa diberi pampasan dengan nilai yang aku kira banyak juga jika dibandingkan dengan harga kos rumah pangsa tersebut.   Projek Datum Jelatek ni bermula seawal tahun 2008. Tetapi masih belum siap (malah projek belum mula pun) sehingga kini kerana isu bantahan penduduk setempat (bukan semua tapi sebahagian aku kira) yang tidak bersetuju dengan projek mewah tersebut. Kondominium yang katanya bermula p...

Gangguan Bekalan Air

Syukur alhamdulillah masalah air yang melanda kawasan perumahan aku berakhir sepenuhnya malam ni. Tiga hari takde air memang seksa dan azab sangat. Badan dah naik sakit-sakit sebab mengangkut air. Tapi nasib baik jugaklah ada tempat nak angkut air. Kalau tidak tak dapat aku nak bayangkan mcm mana.

Majlis Ilmu

Pada 16 Mac 2013 (Sabtu) yang lalu aku berkesempatan untuk menghadiri satu majlis ilmu, Syarahan Tokoh oleh Prof. Dr. Arndt Graf dari Universiti Frankfurt yang diadakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.   Majlis Syarahan Tokoh ini adalah anjuran bersama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tajuk syarahan adalah Malaysia di Tengah Arus Globalisasi: Peluang Baharu untuk Penterjemah.   Pada aku syarahan Prof. Dr. Arndt Graf yang sangat fasih berbahasa Melayu ini sangat baik. Walaupun syarahan beliau hanya mengambil masa kurang daripada dua jam tetapi sangat padat dengan fakta-fakta menarik. Segala fakta tersebut disampaikan dengan cara yang sangat menarik dan mudah difahami. Aku sedikitpun tak mengantuk sepanjang sesi syarahan tersebut.   Ada beberapa fakta menarik yang ingin aku kongsikan. Menurut Prof. Dr. Arndt Graf:   i)     Semakin banyak bahasa menarik untu...