Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! Suatu ketika dahulu pertemuan secara dalam talian ini merupakan sesuatu yang agak asing bagi kita semua. Pandemik Covid-19 telah mengubah semuanya. Kini, Zoom Cloud Meeting, Google Meet, Ms Team menjadi antara platform yang menjadi tumpuan. Secara peribadi, Kakda berpandangan bahawa mesyuarat secara bersemuka ini kurang memberikan kepuasan terutamanya bagi mesyuarat yang melibatkan lebih daripada 5 orang ahli dan ada pembentangan. Masalah teknikal ketika pembentangan dibuat sangat mengganggu perjalanan mesyuarat. Ini tak kira lagi dengan gangguan line internet ahli mesyuarat pulak. Kakda sendiri biasa mengalami gangguan ini. Stress juga bila kita tengah buat pembentangan tiba-tiba slaid yang kita tunjukkan tak bergerak. Aduh...nak beli laptop baru, laptop yang guna ni memang belum setahun pun. Sabar je lah banyak-banyak. Anda semua rasa macam mana? ok tak pertemuan secara dalam talian ni? Walau bagaimanapun, ada banyak juga kebaikan m...
Insan biasa yang mencoret sekadarnya untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.