Hadiah korporat untuk semua staf daripada pihak pengurusan DBP sempena tahun baharu. Buat pertama kalinya dalam sejarah sejak Aida berkhidmat di DBP ni, DBP tak buat kalendar gantung. Langkah penjimatan rasanya. Sebagai staf kita janganlah banyak komplen kan? Terima seadanya. Seorang staf diberi 5 kalendar meja dan satu diari.
Dulu-dulu kalau dapat kalender ni mesti bagi Mak Long (kakak Mak) dan Busu (Adik abah). Sebab kami adik beradik ramai yang tak kawin lagi masa tu. Jadi kalendar banyaklah lebih. Tapi sekarang ni, kalau dapat 5 kalendar memang cukup-cukup untuk kami anak beranak. Letak kat rumah abah 1, bagi adik beradik yang dah kawin memang ngam 4 orang. :-) Maka selesailah pengagihan kalendar. Kawan-kawan yang berhajat mintak maaflah.. Stok limited. :-)
Comments
Post a Comment