Pulut Kuning dengan Rendang Daging ini dibuat khas bersempena dengan hari ulang tahun kekandaku Norazian Mohd Salleh @ Anyah Nor yang ke-45 hari ini. Rendang Daging ini dibuat malam tadi dan pulut kuning dibuat seawal pagi selepas subuh. Seronok rasanya bila dapat buat semua ni sendiri. Dulu masa mak masih ada, memang tak pernah pun buat semua ni sendiri. Tapi syukurlah sebab dulu ada bantu mak dan belajar dengan mak. Jadi bila mak dah pergi dapatlah juga buat sendiri. Memang tak sehebat mak. Tapi dapatlah melepaskan rindu pada masakan mak. Jadi hari ni Aida ingat nak kongsi resepi pulut kuning di sini. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri dan keluarga juga. Kalau ada sahabat handai yang berminat nak cuba, silakan. Resepi Pulut Kuning Bahan-Bahan: 2kg Beras Pulut 2 keping Asam Keping 2 Sudu Besar Serbuk Kunyit 1.2 kg Santan Kelapa 2 Sudu Kecil Garam Daun Pandan Air Secukupnya Cuci pul...
Insan biasa yang mencoret sekadarnya untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.