Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Tazkirah

Salam pagi Jumaat

Pesanan di pagi Jumaat yang mulia ini untuk diri sendiri dan rakan-rakan juga,  

Tazkirah: Kelebihan Hari Jummat

Salam Pagi Jumaat semua rakan-rakan yang disayangi. Semoga kita semua beroleh rahmat di hari yang mulia ini. Di pagi yang mulia ini Aida ingin kongsikan sesuatu yang Aida kira bagus untuk pengetahuan kita bersama. Catatan ini Aida ambil dari FB Sham Kamikazem. Selamat membaca semua. Semoga memberi manfaat kepada semua.  ............................................................................................................................   KEUTAMAAN HARI JUMAAT   Hari Jumaat memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadith Nabi SAW, di antaranya:   PERTAMA   Hari Jumaat adalah hari yang paling utama di antara hari-hari lainnya.   KEDUA   Nabi Adam AS diciptakan pada hari Jumaat dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.   KETIGA   Hari kiamat akan terjadi pada hari Jumaat. Abu Hurairah RA meri...

Cerita tentang Solat

Dapat ni dari Facebook. Bagus untuk dibaca. ...........................................................................   Waktu azan isyak sudah berkumandang di surau dekat simpang tiga itu. tak jauh beberapa meter dari situ ada sebuah pondok menunggu bas. ada seorang budak melayu tengah melepak seorang diri bermain gitar di situ. ada seorang apek tengah menolak basikal tuanya lalu di depan pondok tersebut. tengah syok budak melayu tu goreng lagu Wings sejati, tiba2 gorengan dia terhenti. apek tadi menyapa dia.   apek : kawan.. lu.. melayu meh? melayu : nape apek? apek : islam? melayu : dah tentu la! ko nak apa ni? apek : hehehe.. kawan. jangan marah. tanya saja. sebab wa hairan tengok lu. melayu : apa hairan? apek : itu azan dekat surau sudah habis bunyi. lu masih kat sini lagi main gitar. kenapa tak masuk sana sembahyang? melayu : ish apek ni sibuk pulaaaakk. wa bukan malas apek tapi belum dapat hidayah lagi laa apek hahaha.. apek : hoh? apa itu hid...

Pesanan Tok Guru

Pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan juga. Semua ni saya ambik dari Fb. Tp mohon maaf tuan yg empunya sebab tidak credit nama anda. Saya terlupa saya ambil dari mana.   Saya kongsi ni atas nama Islam, tiada kaitan dengan aliran politik. saya tidak memandan Tok Guru sebagai orang PAS tetapi memandang beliau sebagai ulamak. Andai ada yang tidak sependapat saya mohon maaf.    

Salam Jumaat

Salam Jumaat yang mulia buat semua.   Mulailah hari ini dengan menghadiahkan al-fatihah buat junjungan besar kita nabi Muhammad SAW, ibu bapa kita serta rakan taulan kita.   Basahilah lidah kita dengan zikrullah. Sesungguhnya dengan berzikir kepda Allah hati-hati yang kusut akan menjadi tenang.   Berselawatlah ke atas nabi. Kerana barangsiapa yang berselawat satu ke atas nabi, maka Allah akan berselawat 10 kali ke atasnya.  

Doa Pagi Jumaat

Salam Jumaat buat semua.

Belum sampaikah?

Untuk renungan semua.....   sumber: http://langitilahi.com

Salam Jumaat

Buat diriku dan teman-teman juga..... Source:  www.aisyahhumaira.com Tapi yang ni untuk aku jer....:-)

Nuzul Al-Quran

Salam Nuzul Al-Quran buat semua!!! Hari ini aku ingin bercerita sedikit tentang peristiwa Nuzul Al-Quran. Aku pasti ramai teman-teman yang sedia maklum tentang peristiwa ini tetapi aku rasa pasti ada juga yang tidak tahu. Oleh itu aku ingin berkongsi sedikit maklumat di pagi Jumaat yang mulia ini.   Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat A l-Quran yang pertama kepada nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini.   Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira , bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.   Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al...

Salam Jumaat!

Di hari Jumaat yang mulia ini marilah kita berdoa:

Tazkirah Jumaat

Lima Kemaksiatan Yang Disegerakan Balasannya Menghampiri akhir zaman, semua jenis kemaksiatan sudah dilakukan oleh semua umat manusia. Namun, ada sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya dari maksiat itu. Dari Ibnu Umar RA ia berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mendatangi kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda,' "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah subhanahu wa Ta'ala, semoga kamu tidak menemui zaman itu. Perkara-perkara itu ialah: 1. Tidak nampak perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Tha'un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pemah menimpa umat-umat yang terdahulu. 2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan / u...

Happy Friday!

Love and trust is with Allah Subhana Wa Taala first. You might be married to the worst man ever, like Asyah was married to Pharaoh - but it didn’t change her and her loyalty and love to Allah Subhana Wa Taala. You might be married to the best of men, like a Prophet of Allah Subhana Wa Taala, and still not be saved from the punishment - like the wife of Prophet Lut (alaiha salam). You might be not married to any man, like Maryam (alaiha salam), and Allah Subhana Wa Taala can make your rank higher than any women on the Earth. Know your priorities.   Love and trust is with Allah Subhana Wa Taala first.   The only relationship where you’ll never have your heart broken is the relationship between you and Allah Subhana Wa Ta'ala.    

Santapan Ronani

  Alhamdulillah pagi tadi kami warga kerja DBP berkesempatan untuk mendengar bicara Ustaz Don Daniyal tentang Perubahan ke Arah Kecemerlangan Dunia dan Akhirat. Majlis yang berlangsung dalam tempoh 1 jam 30 minit ini terasa begitu singkat sekali.   Antara pesanan Ustaz Don yang ingin aku kongsikan dengan korang semua adalah seperti yang berikut:   Tanda kesempurnaan cinta adalah mencintai sesuatu yang dicintai oleh orang yang kita cintai. Kalau kita mencintai Allah, maka hendaklah kita mencintai apa yang Allah cintai. Pokok kepada ibadah adalah solat. Bacalah Al-Quran. Kepada lelaki, Ustaz Don pesan sangat-sangat supaya "Jangan kencing berdiri!" Ini ada kaitan dengan bersuci.

Salam Jumaat!

Minum Berdiri

Aku terpanggil untuk berkongsi artikel ini dengan kalian semua kerana aku rasa ramai diantara kita yang gemar minum sambil berdiri. Ini kerana aku sendiri suka minum sambil berdiri malah berjalan sekalipun. Dengan alasan nak cepan dan menjimatkan masa. Kalau nak duduk nanti lambat. Kalau minum sambil berjalan jer kan senang. Rupa-rupanya banyak sebeb kenapa Rasullullah melarang kita minum sambil berdiri dan berjalan. Di sini aku kongsikan dengan kroang semua. Semoga memberi manafaat kepada kita semua. Info ini aku dapat dari wall FB seorang rakan. Terima kasih kawan kerana brkongsi ilmu berguna. ------------------------------- Mengapa Rasulullah SAW Melarang Minum Sambil Berdiri? Dalam hadis disebutkan “Janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan ... Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang kita minum aka...

Happy Friday!

Salam Pagi Jumaat yang mulia untuk semua!!!        

Tazkirah Jumaat

Happy Friday!

Salam Pagi Jumaat! Sesuatu yang ingin aku kongsikan di pagi Jumaat yang mulia ini.   ----------------------------------------------   KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan.   Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak ...

Santapan Rohani

Aku petik coretan ni dari FB Ebit Lew  pagi tadi. Korang bacalah. Semoga bermanfaat kepada kita semua. .........................................................   Suka bila nak parking kereta, anak saya yang semasa umur 3 tahun kata, Ya Allah nak parking kereta. Ya Allah nak parking kereta Ya ALLAH nak parking, nak makan Tuti fruity. Senang jer masa nak parking kereta. Allah buat semuanya. Sekarang tenang bila nak parking di kl. Belajar dengan anak sendiri. Dulu masa program masjid. Belajar bila nak apa-apa minta dari Allah. Minta dengan Allah dan harap dengan Allah. ... Sebenarnya ketika susah , Allah nak dengar dari mulut kita minta dengan siapa dan harap dengan siapa. Belajarlah iman semula dari asasnya. Belajar dan harap dengan Allah yang maha kaya. Tanya anak lawa baju. Siapa beli baju? Ummi... Siapa bagi baju? Allah. Siapa bagi lawa? Allah. Siapa bagi safiyyah cantik?? Allah. Ya Allah nak susu..Ya Allah nak aiskrim.. Bila anak menangis tengah mal...

RM10.00

Salam Jumaat buat semua. Aku ada sesuatu untuk dikongsi bersama. Semoga memberi manafaat kepada semua. Cerita ini aku ambil dari FB. ..............................................................................   Melihat rakan-rakan sekolah mengumpul permainan dalam kotak Tora Aman, aku iri hati dan merasakan seolah-olah ibubapa aku tidak menyImahi aku kerana tidak dapat memberikan aku duit untuk berbelanja seperti rakan-rakan sekolah. Satu hari, Abah pulang dari kerja. Abah terus menukar pakaian dan memakai tuala untuk ... mandi. Dompet Abah masih di dalam seluar slack lusuhnya. Disebabkan terlalu iri hati dengan rakan-rakan yang mengejek aku tidak mempunyai permainan yang dikumpulkan daripada kotak makanan Tora Aman, aku mengambil peluang mencuri RM10 daripada dompet Abah ketika Abah sedang mandi. Aku mengira duit yang ada dalam dompet Abah, ada RM200, tapi semuanya RM10. “Abah tak akan perasan kot aku mengambil sekeping,” bisik hati ku. Tiba-tiba… mak memangg...