Skip to main content

Santapan Rohani

Aku petik coretan ni dari FB Ebit Lew pagi tadi. Korang bacalah. Semoga bermanfaat kepada kita semua.
.........................................................
 
Suka bila nak parking kereta, anak saya yang semasa umur 3 tahun kata, Ya Allah nak parking kereta. Ya Allah nak parking kereta Ya ALLAH nak parking, nak makan Tuti fruity.

Senang jer masa nak parking kereta. Allah buat semuanya. Sekarang tenang bila nak parking di kl. Belajar dengan anak sendiri.

Dulu masa program masjid. Belajar bila nak apa-apa minta dari Allah. Minta dengan Allah dan harap dengan Allah.
...

Sebenarnya ketika susah , Allah nak dengar dari mulut kita minta dengan siapa dan harap dengan siapa.

Belajarlah iman semula dari asasnya. Belajar dan harap dengan Allah yang maha kaya.

Tanya anak lawa baju. Siapa beli baju? Ummi...

Siapa bagi baju? Allah.
Siapa bagi lawa? Allah.
Siapa bagi safiyyah cantik?? Allah.
Ya Allah nak susu..Ya Allah nak aiskrim..

Bila anak menangis tengah malam takut hantu.Cakap pada dia,
Allah ada dekat dengan kita. Jangan takut hantu. Hantu,Jin, Syaitan,hantu gigi,semua tiada kuasa , hanya Allah maha kuasa.

Allah sayang kita. Sedap tak makanan tu? Sedap,Allah bagi. Baiknya Allah pada kita. Terima kasih Allah.

Kenalkan Allah kepada anak-anak kita. Takutkan Allah sumber segala kebijaksanaan. Asas amalan agama. Punca utama masalah umat ini. Iman lemah. Kurangnya dakwah dan percakapan Allah dalam rumahtangga.

Semoga Allah bangkitkan suasana dan dakwah iman dalam rumatangga kita. Inilah percakapan Nabi-nabi. Bila Fatimah RA anak Nabi SAW bila ditanya siapa yang beri ini?kata Fatimah RA semua ini dari Allah.- ebit lew

Comments

  1. Salam Da,

    Bagus cerita ni, utk ingatkan kita yg selalu alpa!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...