Skip to main content

Posts

Showing posts with the label RIP

Pergi Tak Kembali

Pada tanggal 4 Disember 2016 yang lalu, Aida dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang sahabat sepejabat, Tuan Haji Azman Ahmad yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Azman. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi 4 Disember 2016 setelah dilanggar ketika sedang menunggang basikal di Leburaya DUKE. Kes beliau merupakan kes langgar lari.   Sukar untuk mempercayainya. Kehilangan beliau merupakan bukan sahaja dirasai oleh keluarga beliau dan kami di DBP tetapi juga semua penggiat sastera dan jawi tanah air. Ini adalah kerana beliau merupakan seorang penulis novel dan juga penggiat jawi.   Berjujuran airmata bila mendengar berita tersebut. Ya Allah kenapa cepat betul kau ambil orang yang sebaik Ustaz. Kenapa dia terlalu cepat pergi meninggalkan kami yang masih memerlukan nasihat dan tunjuk ajar beliau. Dalam kesedihan kami rehda dengan pemergianmu Ustaz.   Dah seminggu berlalu, hari ini Aida berkesempatan menziarah pusara beliau....

Pergi Tak Kembali

Malam tadi kami menerima berita yang sangat menyedihkan. Mak Long kami telah menghembuskan nafas terakhir di PPUM pada pukul 11.40 malam. Mak Long pergi belum sampai 100 hari pemergian Pak Long.   Aida rasa bersyukur kerana sempat menziarah Mak Long pada hari Ahad yang lepas dengan Abah, Anyah dan Ateh. Rupanya selepas kami pulang ke rumah, Mak Long mengalami stroke dan tak mampu bercakap langsung. Bersyukur rasanya kerana kami sempat bersembang dengan Mak Long pada hari Ahad tersebut walaupun Mak Long kelihatan begitu uzur sekali.   Perginya Mak Long bermakna dah habislah pakcik dan makcik disebelah mak. Keluarga sebenar mak agak besar berbanding abah yang cuma tiga beradik. Tapi mak dibesarkan oleh ayah saudara.Jadi kami cuma rapat dengan 'adik beradik' yang membesar bersama mak dan bukan adik beradik sebenar mak. Adik beradik mak sebenar kami hanya kenal begitu sahaja. Hubungan keluarga tak berapa nak wujud sangat. Bagi kami, adik beradik mak adalah Pak L...