Skip to main content

Pergi Tak Kembali

Pada tanggal 4 Disember 2016 yang lalu, Aida dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah seorang sahabat sepejabat, Tuan Haji Azman Ahmad yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Azman. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi 4 Disember 2016 setelah dilanggar ketika sedang menunggang basikal di Leburaya DUKE. Kes beliau merupakan kes langgar lari.
 
Sukar untuk mempercayainya. Kehilangan beliau merupakan bukan sahaja dirasai oleh keluarga beliau dan kami di DBP tetapi juga semua penggiat sastera dan jawi tanah air. Ini adalah kerana beliau merupakan seorang penulis novel dan juga penggiat jawi.
 
Berjujuran airmata bila mendengar berita tersebut. Ya Allah kenapa cepat betul kau ambil orang yang sebaik Ustaz. Kenapa dia terlalu cepat pergi meninggalkan kami yang masih memerlukan nasihat dan tunjuk ajar beliau. Dalam kesedihan kami rehda dengan pemergianmu Ustaz.
 
Dah seminggu berlalu, hari ini Aida berkesempatan menziarah pusara beliau. Beliau disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan Mak Aida. Insyaallah lepas ini pun Aida pasti akan menziarahi pusara beliau lagi.
 
Ustaz,
Damailah engkau di sana.
Kami pasti akan merinduimu.
Rindu pada bacaan doamu yang cukup menyentuh hati siapa yang mendengarnya.
Rindu pada ilmu yang kau kongsikan.
Rindu pada senyum manismu.
Rindu pada kemesraanmua. 

Semoga Allah mengampunkan segala dosamu,
Semoga segala ilmu yang kau curahkan sepanjang hidupmu
akan memberi ganjaran pahala buatmu di sana.
Semoga Allah menempatkanmu dalam syurganya yang penuh kesejahteraan.
 
TUAN HAJI AZMN BIN AHMAD
1974 - 2016

Comments

  1. alfatihah bt arwah ustaz azman...

    sabar lah kak, mungkin dh takdirnya meninggal cara gitu, tp geram jgk kan skrg banyak btl kes langgar lari gini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...