Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Bicara Hati

Mencari Kesalahan Diri

Sejak akhir-akhir ini Aida sering dihubungi oleh seorang teman yang berkongsi masalah dengan Aida. Masalah hubungan antara dia dengan kakak dia. Masalah ni sebenarnya telah bertahun-tahun lamanya berlaku.  Hubungan antara kawan Aida (Aida namakan sebagai A) dengan kakak dia (Aida namakan sebagai C) ni sebenarnya boleh dikatakan panas. Mereka tidak bergaduh besar atau bertelingkah di mana mana-mana. Tapi saban hari, ada sahaja perkara yang dilakukan oleh A ni salah di mata C. Banyak butir percakapannya yang disalah tanggap oleh C. A kelihatan seperti orang bersalah yang sentiasa menunggu masa untuk dijatuhi hukuman oleh C. Kalau buka mulut pasti ada salah di telinga C. Kalau bagi pandangan atas sesuatu perkara pasti kelihatan tidak berguna, Kalau buat sesuatu pasti kelihatan tidak ikhlas di mata C. A semakin lama semakin makan hati dengan layanan C terhadap dia. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat. Sampai satu tahap dia rasa diam lagi baik daripada berkata apa-apa. Buk...