Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Motivation

Cerita tentang Gaji

Sila luangkan masa untuk baca.... Aida ambil ni dari FB penulis popular Ulu Yam di Liverpool, Nazali Noor. Luangkan masa ya kawan-kawan. ------------------------------------------------------- - CERITA DARI HATI (#CDH) Entri XXX: Bila gaji tak cukup dan apa arwah mak buat untuk saya?   Bulan Februari agak istimewa kan? Jumlah harinya kurang dari jumlah bilangan hari dari bulan bulan yang lain. Dan biasanya pada yang dapat gaji ngam ngam pada penghujung hari di setiap bulan maka bulan Februari bulan yang kita dapat gaji awal beberapa hari dari bulan biasa. Kira macam bonuslah kan? :-)   Arwah mak dari saya sekolah lagi ingatkan saya " Onn nanti dah kerja jangan lupa bagi duit kat mak.. Kat ayah tau?"   Saya senyum.  Mak tambah lagi soalannya pada saya. " Tau tak kenapa kena bagi duit kat mak kat ayah?"   Saya makin senyum " Laaa itupun mak nak tanya? Dah memanglah anak kena bagi duit kat mak ayah dia. Mak ayah penat susah payah be...