Skip to main content

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.
 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tadaaaaaaaaaaaa.......
 
 
Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....
 
Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.
 
Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.
 
Pan Fried Salmon - 10 minit
- Basuh dan Marinate Salmon 2 minit 
- Pan Fied Salmon 4 minit + 4 minit
 
 
Sautéed Asparagus, Zuchini, Capsicum, Mushroom & Green Pea  - 10 minit
- Potong segala sayur - 2 minit
- Masak - 8 minit
 
 
 
 
Omelette - 5 minit
- Potong bawang + capsicum + mushroom - 1 minit
Masak - 4 minit
 
 
Orange & Grapes - Tak sampai 5 minit.
 
 
 
Sebab tu lah Aida suka bawak makanan jenis yang macam ni. It's healthy and easy to prepare. Aida bukan masak nasi lemak ke bihun goring ke masak lauk ke apa ke kan. Semuanya mudah dan ringkas. Lagipun Aida kan bujang. Jadi bukan ada anak nak kena siapkan pagi-pagi, bukan ada suami nak kena siapkan breakfast atau nak ironkan baju dia pagi-pagi kan? :-)
 
Begitulah cerita disebalik 'rajinnya masak pagi-pagi' ni. :-) 
 
 

Comments

  1. ttp rajin... ada je yg bujang tp mls nk msk kak hehehhe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...