Skip to main content

Rebung by Chef Ismail

Minggu depan merupakan minggu terakhir Pegawai kanan Aida, Kak Siti Ratnamala bertugas di DBP. Kak Siti akan bersara (pilihan) bermula pada 1 Mac 2016. Tetapi sebelum tu Kak Siti akan bercuti tanpa gaji selama sebulan dan menghabiskan baki cuti selama 5 hari. Jadi 21 Januari 2016 merupakan hari terakhir Kak Siti di DBP.
 
Kak Siti ni memang pemalu orangnya. Jadi awal-awal lagi Kak Siti dah minta supaya tidak diadakan sebarang majlis perpisahan. kak Siti tak nak bagi ucapan perpisahan semua tu. Jamuan makan pun Kak Siti tak nak. Jadi kami di bahagian telah mengadakan perbincangan secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan Kak Siti. Mula-mula kami ingat nak buat jamuan kecil di bahagian pada minggu hadapan. Tetapi kami khuatir kak Siti MC atau sebagainya kalau terdengar tentang perkara tu :-). Jadi kami putuskan bawa sahaja Kak Siti keluar makan.Tarikh yang paling sesuai adalah hari ini. Kerana hari ini kami ada Mesyuarat Bahagian. Restauran pilihan kami ialah Rebung. Ini kerana rebung menyajikan makanan warisan Malaysia. Kak Siti memang jenis orang yang kena/perlu makan nasi. Jadi Rebung adalah pilihan yang paling sesuai.Jadi seperti biasa Aida ditugaskan untuk membuah tempahan dengan restaurant. Tempahan dibuat semalam. Kami buat tempahan awal kerana khuatir restaurant penuh. Alhamdulillah tempahan diterima.
 
Tengah hari tadi selepas mesyuarat kami terus bergerak ke Bangsar. Sampai di hadapan restaurant, alamak...ada notis.....Rebung telah berpindah ke lokasi baru di
 
5-2, Aras 5,
No 1 Jalan Tanglin,
Taman Botani Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
 
 
Terus telefon boss Tanya macam mana. Boss kata takpe, kita terus ke sana. nasib baik Tanglin tu tak jauh dari DBP dan jalan pun tidak berapa sesak. Lokasi baru ni mudah juga dicari. Berhadapan dengan IPD Bukit Aman. Bangunan baru rasanya sebab parking pun masih belum berbayar. Rebung terletak di aras 5. Mudah sahaja nak cari kerana keluar lif terus Nampak restaurant di depan lif tu. Lepas tu terus Nampak banner ni:
 
 
 
Ni pintu masuk restaurant. Masih belum ada sebarang tanda nama. Mengikut staf yang kami Tanya tu, mereka baru seminggu beroperasi di sini. padanlah belum ada tanda nama agaknya.
 
 
Ni keadaan restaurant dari pintu masuk. Restauran lebih luas berbanding dengan lokasi lama. 
 
 
 
Ni pula antara pelbagai aneka makanan yang ada di sana.
 
 
Nasi dan lauk pauk serta manisan diletakkan di bahagian dalam restauran manakala pelbagai mee, kuih muih, air batu campur diletakkan di bahagian luar restauran. Di bahagian luar ada gerai-gerai yang menempatkan pelbagai juadah tersebut. 
 
 
Kami dengan Kak Siti, bertudung biru. Muda lagi kan? Memang pun Kak Siti baru berusia 49 tahun. Sengaja bersara pilihan untuk berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga katanya. Untunglah abang boleh tanggung kan? hehehehehe....Semoga Kak Siti lebih bergembira dan berbahagia selepas bersara nanti dan semoga Kak Siti sentiasa dalam perlindungan Allah hendaknya.
 
 
Berbalik kepada cerita Rebung tadi, pada pendapat Aida makanan di Rebung ini boleh tahan juga rasanya. Mungkin harga RM42.40 seorang itu agak mahal juga tetapi boleh dikira berbaloi juga sekiranya kita lihat pelbagai jenis juadah makan yang disajikan. Kepada mereka yang memang gemar makanan citarasa Malaysia (melayu), bolehlah mencuba pelbagai jenis juadah warisan melayu di sana. Insyaallah dari segi rasa anda boleh berpuas hati dengan air tangan Chef Ismail ini.  

Comments

  1. Baru tau yg rebung ni dh berpindah. Sblm ni pegi bangsar gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak. Baru lagi. Saya pun kalau tak pergi tak tau. Tapi lokasinya lebih mesra pengguna lah. parking mudah, restaurant lebih besar dan lebih selesa..

      Delete
  2. Nampak sedap manisan, buburnya! bubur kacang-feveret! ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubur kacang durian tu katanya dik. Akak tak makan durian sbb tu tak makan. hehehe...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Bye Boss!

Bye Boss! Selamat bertugas di jabatan baru ya. Terima kasih atas segalanya. Mohon ampun maaf segala salah silap yang ada ya.   Rakaman kenangan dengan Boss di Frankfurt tahun lepas.

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...