Skip to main content

Short Trip to Ho Chi Minh City, Vietnam - Part 1

Minggu lepas Aida ada cakap Aida nak ke oversea kan? Hehehe...Oversealah sangat. Sebenarnya Aida ke Vietnam jer. Hihihihii...

Percutian pendek ke Ho Chi Minh City, Vietnam ni sebenarnya tidak dirancang awal seperti percutian yang dibuat sebelum-sebelum ini. Tujuan sebenar percutian pendek ini adalah untuk memenuhi hasrat kakak dan adik untuk membeli jubah, baju dan juga telekung. Ya betul. memang itu tujuan mereka ke sana. Aida sekadar mengikut sahaja. Oleh kerana tidak pernah menjejak kaki ke VIetnam sebelum ini jadi ikut sahajalah. Dapat juga tambah cop dalam passport. Ihiksss...
 
Percutian pendek kami ini dibuat pada 16-18 Januari 2016 yang lalu. Percutian adik beradik perempuan je sebenarnya ni. Tetapi sebab Ain ada anak kecil (Adam - 2 tahun) dan Aiman (1 tahun) maka, suami Ain, Lan dan anak-anak Ain pun ikut sama. Jadi rombonganj kami terdiri daripada 5 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kami menaiki penerbangan Air Asia, pukul 8.15 pagi. Jadi kami perlu berada di lapangan terbang seawal pukul 6.00 pagi. Kami bertolak dari rumah pada pukul 5.00 pagi. Agak sukar juga kerana ada dua anak-anak bawah umur tu kan.  Aiman (adik) senang nak bangun tapi Adam (abang) menangis-nangis tak nak bangun dan tak nak mandi. Agak mencabar juga sebenarnya. jadi lain kali kalau nak bawa budak kecil macam ni kena fikir balik lah kalau nak naik penerbangan pagi.
 
Kami sampai di KLIA2 sebelum pukul 6, waktu yang dikira selamatlah untuk buat pendaftaran masuk. Kami sebenarnya jakun sikit dengan KLIA2 ni. Aida baru kali kedua ambil penerbangan dari KLIA2. Masa pertama kami dulu ke Guilin, semuanya diuruskan oleh travel agent jadi memang tak tau apa lah kan. Jadi kalai ni kena urus sendiri. tercangak-cangak jugaklah nam mencari kaunter daftar masuk. Bila baca semua kaunter untuk drop in bag.Rupanya untuk daftar masuk kami kena buat di mesin sahaja. Mana tau kan tak pernah buat. Heheheee...Mesin daftar masuk di KLIA2 ni lebih mudah kerana kita tak perlu key in banyak-banyak ini. Kita scan sahaja barcode, semua maklumat keluar. Jadi lebih cepatlah urusan selesai berbanding dengan mesin di KLIA.
 
Selepas selesai urusan daftar masuk di mesin (yang letaknya berhadapan dengan kaunter drop in bag), kamki terus beratur di kaunter drop in bag. Orang agak ramai juga. lama juga beratur. Tapi urusan tidaklah lama. Dalam masa berapa minit sahaja urusan selesai.
 
Memandangkan kami belum solat subuh, jadi kami terus menuju ke balas pelesasan. Berkejar untuk solat subuh. Jarak perjalanan dari pintu balas pelepasan ke gate kami tidaklah berapa jauh (untuk orang muda) tapi agak jauh juga untuk orang tua. Ada sekitar 15 minit berjalan. Surau terletak di tingkat bawah berdekatan dengan lif. Mudah nak cari kerana ada papan tanda. Surau walaupun agak sempit tetapi cukup bersih dan selesa. 
 
Selepas solat kami terus ke gate kami. Jaraknya dari durau ke gate adalah lebih kurang 5 minit berjalan. Alhamdulillah tak jauh. kalau tidak penat jugalah sebab si Abang memang tak nak berjalan. Nak didukung sahaja. Bila sampai di gate yang betul, kami terus masuk mencari tempat duduk. Wahhh boleh tahan ramai juga orang. 
 
Ulu Yam di Liverpool pun dibawa ke Vietnam :-)
 
Bersambung di Part 2.. Tungguuu...

Comments

  1. Akk x pernah smpai lg. thn lps baru pegi bandung je. Hujung tahun ni boleh la nak jalan jalan kot lepas anak hbs upsr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kak. Tambang pun tak mahal mana. Cumanya kalau untuk budak takut boring sikitlah. Kena ada aktiviti lain selain daripada shopping :-)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)