Skip to main content

Lunch Date with Bestiest

Date:
8th, Jan. 2016
 
Venue:
Seoul Garden,
One Utama
 
Partner in Crime :-)
Kak Wanna, Kak Rozie, Jaja & Me

 
Dah lama juga kami berempat tak keluar lunch macam ni. Ada dekat setahun juga rasanya. Waaupun satu pejabat tapi kekangan kerja selalu membuat perancangan terpaksa ditangguhkan. Hari ini dapat juga meluangkan untuk lunch sama-sama.
 
Tempat pilihan kami adalah Seoul Garden, One Utama, Bandar Utama. Dulu kami memang suka makan sini. Pilihan makanannya boleh tahan banyak. Tapi hari ni rasa macam dah kurang pulak. Hmmm..mungkin lepas ni kena cari tempat dating lainlah nampaknya. Dengan harga RM41.75 seorang (termasuk refillable beveranges + tomyam soup + 6% GST) kami rasa harga macam kurang berbaloi. Tapi ini penilaian kami lah. Kalau orang lain rasa puas hati terserahlah pada anda kan :-).

Tapi walau apapun kami tetap kenyang. Kenyang perut dan kenyang bercerita setelah sekian lama tak bersembang sakan.

Comments

  1. dia mcm steamboat ya kak? nmpk sedap, teringin nk mkn steamboat, mahal juga ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tu sedap gak dik tp harga mcm x berbaloi pulak sbb tak byk pilihan dah sekarang klu banding dgn dulu.

      Delete
  2. mahal sangat lah sis. pernah makan kat seoul garden kat sarawak ni. tak berbaloi dgn harga. bolehpegi steamboat lain yg lebih byk pilihan and harga pun ok sikit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut t...