Skip to main content

Lunch Box

This post is dedicated to you guys who have been missing my lunch box.
Hahahaa...perasan....
 
Omelette for Breakfast
Grilled Chicken + Mix Veggie & Tomato for Lunch
Green Apple for Munching Time
 
 
Grilled Chicken ni resepi baru yang Aida baru dapat minggu lepas.  Hasil daripada merajinkan diri bertanya dengan pakcik google. Masa dapat tu terus cuba buat. Hmmm not bad rasa dia...Tu yang terus jadikan menu untuk lunch box ni. Resepinya simple jer. Here it is.
 
Bahan-Bahannya:
 
Ayam
Bawang Putih
Sos Tiram
Mayonis
Serbuk Lada Hitam
Jintan Manis (Blend)
Jintan Putih (Blend)
Ketumbar (Blend)
Garam
 
Cara-Caranya:
 
1.  Tumbuk bawang putih hingga lumat (Tapi Aida derhaka sikit, Aida ketuk jer)
2.  Lumurkan bawang putih pada ayam. Ratakan.
3.  Lumur Sos Tiram, Mayonis (yang ni Aida tak letak), Serbuk Lada Hitam, Jintan Manis, Jintan Putih, Ketumbar pada ayam sehingga rata.
4.  Perap ayam dalam 30 minit hingga 1 jam.
5.  Kemudian bakar dalam 30 minit (dengan suhu lebih kurang 160).
6.  Siapppppp...
 
Ayam ni boleh dimakan macam tu saja atau dimakan dengan dengan sos. Cubalah ya kawan-kawan. Insyaallah sedap. Selamat mencuba!!!

Comments

  1. sedapnya kak.... tgk ayam akak tuh tiba rasa nk msk ayam percik kelantan lak heheheh

    ReplyDelete
  2. ha mmng rindu pun..tp tk terbuat smpi skrg..hahha..goring telur je pepagi ;-))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...