Skip to main content

Dugaan Allah buat Abang Naz

CERITA DARI HATI(#CDH)

Entri XXX: Mata?
 
Untuk kesekian kali
Saya ke sini lagi
Rutinnya sudah boleh saya duga
Ambil tekanan darah
Ditanya list ubat ubatan
Di bawa ke bilik untuk ujian penglihatan
Lampu digelapkan
" Okay Mr Noor, we are going to assess your vision after the latest laser treatment that you had a couple of weeks ago. 
Could you cover your left eye wiith this and read through the lowest line that you could read please?"
Itu permintaan nurse bernama Lucy pada saya.
" E
KDNOP
Bla bla bla
Bla bla blaaa"
Satu persatu huruf saya baca mengikut baris.
Tamat mata kanan proses yang sama diulang untuk mata kiri
" How many times had you had the laser Mr Noor?"
" 6 times on each eye"
"Perfect. How about injection to your eyes?"
" 3 times on each I think"
Lucy catatkan satu persatu apa yang saya nyatakan di dalam borang di fail saya.
Sejurus itu saya diminta ke bahagian scan mata.
Untuk kesekian kali juga rutin ini diulang untuk entah kali ke berapa semenjak 6 bulan lalu.
" Put your chin on the chin rest please?"
Dan sebaik sahaja dagu saya diletakkan maka pantas anak mata terarah ke garisan lampu bewarna biru yang naik turun bagi menangkap imej anak mata saya.
Di telinga terdengar dengungan yang nyaring setiap kali kamera merakam imej anak mata.
" Okay Mr Noor. I am done with you. Please wait at the main waiting area again please?"
Saya ucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
Sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi kawasan menunggu saya lihat kiri dan kanan saya.
Di kiri saya sepasang pasangan suami isteri dalam usia 80an barangkali.
Wajah suaminya agak resah. Isterinya memegang tangan suaminya seakan menenangkan.
" No worries love. The result wil be okay. You will be alright"
Saya tersenyum.
Di kanan saya seorang datuk di atas kerusi bermotor dengan tongkat di tangan.
Wajahnya tenang.
Saya perhatikan barisan duduk sebaris saya.
Ada dalam 5-6 orang berusia 70-80 tahun.
Ada yang sendiri
Ada yang dengan pasangan.
Dari pemerhatian saya nyata tidak ada siapapun sebaya saya di unit clinical eye research centre St Paul Eye unit di Liverpool Royal Hospital ini.
Ini juga bukan perkara asing bagi saya kini.
Dulu barangkali iya saya agak gelisah.
Saya selalu berseloroh dengan Ain
Saya kata
" Agaknya abang ni tua sebelum waktunya kan Ain?"
Tengoklah semua tua tua patients kat sini kan?"
Tapi kini saya dah biasa
Barangkali Allah mahu sedarkan saya agar lebih pandai menghargai segala nikmat yang DIA pinjamkan selama ini.
Di usia 44 mata ini semakin kabur.
Dulu saya mengeluh kerana sedih
Selalu saya tanya Ain
" Kalaulah kan Ain..
Tetiba jadi buta kan?
Ain dengan anak anak cemana ya?"
Ain senyum aja
Dia tau resah hati saya
" Abang takkan buta
Abang akan okay"
Dalam resah jiwa saya tanya lagi
" Kalau Ain.. Kalau..."
Ain diam
Menyusun ayat barangkali
Suasan jadi sunyi...
" Kalaulah abang tak nampakpun kan?
Ain akan sayang abang
Anak anak sayang abang
Kita ubahlah sesuaikan hidup kan bang?
Kan kita biasa dah kan?
In Shaa Allah bang
Allah ada..."
Ain just know what to say when I needed her to say things
Cakapnnya tak banyak
Tapi cukuplah bagi saya untuk jadi positif balik.
Ain pernah kata
" Abang kena jaga mata abang.
Sebab ramai orang tumpang semangat kat abang, kat tulisan tulisan abang,
Kat apa yang abang share kat FB tu
Kat buku buku abang.
Kan banyakkkk lagi kan buku yang abang nak tulis.. Nak kongsi kan?"
Saya angguk...
" You will be okay bang. i know you will..."
Ain kan?
Satu satunya orang yang tak pernah putus asa dengan apa yqng saya nak capai.
Walaupun tah apa apa tak masuk akalpun apa saya nak buat
Ain tak pernah kata kat saya
" Why bang?"
Ain akan kata
" Boleh!! why not? Kita sama sama buat ya bang?"
Masa saya tulis entri ni baru lepas jumpa Dr pakar mata
Dr kata
" The development of your eyes particularly your left one is not good Mr Noor.
I need to see you again in a couple of weeks.
I prescribe you with a new eye drop to prevent further fracture in the vein at the back of yiur eye okay?"
Allah duga sebab Allah sayang kan?
Kalaulah tak dapat tengokpun dah nanti saya janji akan terus juga menulis lagi.
Tak dapat guna mata ni boleh belajar guna mata hati kan?
Ahhhh...
I will be okay guys.
Kita macamtulah kan?
Bila dah ditarik nikmat baru nak rasa sayang
Masa elok dulu tak endahpun nikmat Allah bagi
Tapi takkan kerana gusarkan masa depan yang tak pasti arahnya kita meratap sampai tak hargai nikmat yang Allah pinjamkan hari ini kan?
Tak sabar nak jumpa semua bulan depan.
Nak tengok muka korang puas puas
Nak tengok nisan mak dan ayah serta bersihkan pusara mak ayah
Sementara masih ada ruang
Dan mata masih terang
Serta masih dipinjam peluang
Kita jumpa ya nanti?
Kita jumpa...
Janji?
:-)
-------------------
Sayu dan sebak pulak bila baca tulisan Abang Nazali Noor ni. Minda cuba untul terus positif tadi ada sedikit gusar dalam hati. Macam mana kalau yang dirisaukan oleh Abang Naz jadi kenyataan? Ohhh tidak. Semoga Allah memberikan kesembuhan pada Abang Naz supaya Abang Naz boleh terus menulis dan menjadi inspirasi kepada ramai orang. Rakan-rakan, mohon doakan Abang Naz ya.
 

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sori awak... saya delete komen awal. Typing error... siapa Abg Naz ni? Mcm best je. Bagilah link blog dia. Nak follow jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Naz ni lah penulis buku ANak Anak Abah yang saya soh awak baca tu awak :-). Awak gi follow FB dia - Nazali Noor - Ulu Yam di Liverpool. Posting dia memang selalu best2. Dan dia ni baik sangat.

      Delete
  3. baca pun dh sedih kak.... besarnya dugaan setiap org kan...
    kalau kita rasa susah mungkin ada yg lain lebih susah lagi...
    moga di berikan kesembuhan pd abah naz ye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut t...