Skip to main content

Datum Jelatek

Semalam kampung aku, Taman Keramat (kampung lah sangat kan? hehehe) glamer sekejab. Masuk TV arus perdana kerana isu protes Projek Datum Jelatek. Kalau korang nak tau Projek Datum Jelatek ni adalah projek pembinaan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat membeli belah di atas Tanah seluas 2.4 ekar beesebelahan dengan Stesen LRT Jelatek. kawan ni dahulunya merupakan kawasan rumah pangsa PKNS. Ada 4 blok rumah pangsa PKNS setinggi 4 tingkat di kawasan tu sebelum ni. Semua rumah pangsa tu telah di robohkan beberapa tahun lepas untuk projek baru. Penghuni rumah pangsa diberi pampasan dengan nilai yang aku kira banyak juga jika dibandingkan dengan harga kos rumah pangsa tersebut.
 
Projek Datum Jelatek ni bermula seawal tahun 2008. Tetapi masih belum siap (malah projek belum mula pun) sehingga kini kerana isu bantahan penduduk setempat (bukan semua tapi sebahagian aku kira) yang tidak bersetuju dengan projek mewah tersebut. Kondominium yang katanya bermula pada harga RM700,00.00 (atau lebih) terlalu mahal untuk dibeli oleh orang Melayu. Keramat merupakan kawasan yang penduduknya 100% Melayu. jadi bila orang Melayu tak mampu, dikhuatiri jualannya akan dibuka kepada bangsa asing. Kata mereka keramat dibangunkan oleh Datuk Harun selepas peristiwa 13 Mei, untuk mengimbangkan populasi kaum cina dan melay udi kawasan bandar. Oleh itu, kenapa perlu dibuka kawasan keramat ini kepada bukan orang Melayu. Jadi atas sentimen tersebut semalam mereka telah mengadakan protes yang aku kira besar-besaran juga di kawasan tapak projek seawall pukul 10.00 pagi dan berlarutan sehingga ke tengah hari.
 
Photo credit to Malay Mail Online
Sebagai penduduk Keramat, anak jati Keramat yang membesar di Keramat, aku faham kekhuatiran mereka. Tapi aku tidaklah bersetuju seratus peratus dengan tindakan tersebut. Aku ada pendapat sendiri tentang kes ini. Bagi aku ada baik dan buruknya projek ini.
 
Sebagai anak jati Keramat aku memang tak setuju juga Keramat dicerobohi oleh bangsa asing. Biarlah keramat kekal menjadi kawasan Melayu sepenuhnya. Tapi aku nampak ada baiknya juga projek ini. Keramat ni kawasannya jauh lebih besar daripada Setiawangsa. Tapi Setiawangsa jauh lebih terkenal daripada Keramat sedangkan Setiawangsa tu jauh lebih baru wujudnya daripada Keramat. Sebesar-besar Keramat tu satu bank pun takde. Semua bank di Setiawangsa. Maybank, BSN, CIMB, Hong Leong. Keramat ni seolah-olah kawasan yang terpinggir daripada pembangunan. Sebagai anak jati Keramat aku sedih jugak tengok keadaan tu. jadi aku nampak kewujudan Datum jelatek ni ada jugak baiknya. Orang Keramat mesti maki aku sebab cakap macam ni. Tapi ini pendapat aku. Aku suka projek besar macam ni. Cumanya aku tidak juga bersetuju ia dibuka kepada orang asing. Itu sahaja. 
 
Tapi walau apapun kita tunggulah perkembangan selanjutnya. Aku harap isu ini akan berakhir dengan baik. Semoga kerajaan negeri dan penduduk setempat dapat mencapai kata sepakat. Semoga keramat terus dipelihara. 

Comments

  1. Akk smlm br lalu sana test drive kete. X perasan pulak tmpt ni

    ReplyDelete
  2. Aku pun penduduk Keramat juga satu ketika dulu.Hihihi.Sentimental woh tempat ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)