Skip to main content

Pengalaman Mandikan Bayi

Semalam aku melalui satu pengalaman baru. Pengalaman mandikan bayi yang berusia 10 hari. Mungkin bagi kebanyakan rakan seusia aku pengalaman ini bukanlah sesuatu yang asing. Tapi tidak bagi aku kerana aku ni kan bujang :-)
 
Aku memang pernh mandikan bayi, ehhh salah bukan pernah tetapi selalu. Tetapi bayi yang aku mandikan tu biasanya dah berusia beberapa bulan. Biasanya tugasan memandikan bayi ni tugasan mak aku (arwah mak). Semua cucu mak, mak yang uruskan masa dalam hari (dan selepas tu pun :-)). Tapi sekarang mak dah takde. Jadi semua tugasan tu perlu kami uruskan sendiri.
 
Adik aku, Ain baru je balik rumah. Beberapa hari di hospital, kemudian balik ke rumah mentua dahulu. Jadi semalam baru balik rumah kami. Petang tu bila sampai masa nak mandikan Aiman, Ain cakap siapa nak mandikan Aiman? Ain tak berani. Lepas tu Aphyd sampuk, Kak Pyhd lagi tak berani. Habis tu? Aku pun cakap oklah Kekda mandikan. Aku memang kompiden lebih. Walaupun aku tak pernah pun mandikan bayi sikecil Aiman sebelum ni. Aiman ni kecil sangat. Berat dia cuma 2.5 kg. Bila buka baju, diapers semua Nampak dia sebesar lengan aku jer. Huhuhuuu...(Lengan aku besar ke Aiman yang kecik ni? hheheheee)
 
Jadi aku dengan konfidennya teruslah mandikan Aiman. Oh man...Susah ok. Sebabnya Aiman kecik sangat. Jadi bila nak pusing2 kan dia susah sikit. Tapi Aiman memang sangat bagus. Dia nangis sikit-sikit jer. Alhamdulillah. Aku tak berani letak dia dalam besen air tu. jadi aku mandikan dia dengan pegang dia jer. Aku mulakan dengan basuh rambut dan kepada dia. pastuh bahagian depan badan dan belakang. Tapi semua tu sambil aku dukung dia. Tak rendam dalam air betul-betul pun. Dah siap terus pakaikan baju.
 
Tapi lepas tu aku rasa tak sempurna sangat. jadi aku mula bukak Youtube. Cari cara-cara mandikan bayi dengan sempurna. Au tengoklah pelbagai video yag diupload di You tube tu. Ada pelbagai cara. Nak mudah mandi dan siapkan bayi ni kita kena siapkan semua peralatan termasuk peralatan lepas mandi. Msa mandi mulakan denga kepala kemudian baru badan.
 
Jadi petang ni, aku dah improve cara aku. Aku masih mulakan dengan  kepala. Lepas tuh aku masukkan Aiman dalam besen mand tu. Telentangkan dia. Aku sabun dan bersihkan bahagian depan. kemudian telangkupkan ke belakang. Wahhhh ini memang susah sebab nak jaga tengkuk dia kan. Semua lembut lagi jad takut sangat terkehel. aku berani buat belakang tu sekejab jer. Takut seh. Harap-harap esok lebih baiklah. Lepas mandi aku letak Aiman atas meja yang dah aku bentang towel. Aku lap kepala dan seterusnya badan dia. lepas tu terus bawak ke depan dan pakaikan baju. Hari ini aku rasa lebih mudah. Harap-harap lepas ni menjadi lebih baik jugak. Insyaallah.
 
Inilah sedikit pengalaman orang bujang macam aku dalam mebndalikan bayi. :-)

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...