Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.
Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.
Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang satu ini terus was was, namun kuasa Allah melebihi segalanya. Setelah beberapa lama belajar dan sentiasa berusaha untuk mendalami Islam, akhirnya Allah gerakkan hati Arisa, berikan Arisa kekuatan dan menolak hasutan syaitan dan tekad dengan keputusan untuk melafazkan syahadah dan seterusnya menjadi seorang Islam yang sebenar. Alhamdulillah.
Semoga Allah sentiasa merahmati, melindungi dan memberi keberkatan kepada Arisa. Semoga Arisa menjadi seorang muslimah yang sentiasa tunduk kepada Allah.
Aku dan Arisa di Tokyo |
Alhamdulillah...comey namanya...secomey tuannya..
ReplyDeleteHope you feel free to delete the photo of arisa is not in hijab... peace be upon to you
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
ReplyDeleteThank you for sharing this beautiful story. However, I feel the same to the person above, that it would be wise to delete Arissa san's picture without hijab.
ReplyDelete