Skip to main content

Posts

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kakda kongsikan sesuatu yang Kakda teeima daripada Whatsapp Group. Semoga dapat memberi manafaat kepada kita semua. MALAM INI, malam doa diterima, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita.  Hari ini 28 March 2021 adalah malam nisfu syaaban sebaik sahaja masuk waktu maghrib. Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر. Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke lang
Recent posts

SSK dalam Kenangan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! Hari ni Kakda takde idea nak bercerita. Tapi untuk mengekalkan momentum berblogging ni, Kakda kongsikan gambar ni di sini. Gambar yang dah berusia 15 tahun jugak kalau tak silap Kakda. Gambar kenangan kami di Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan, DBP. Bahagian tu pun dah takde di DBP sekarang ni. :-) Ramai yang dah meninggalkan kami. Ada yang dah pergi ke dunia abadi, bersara dan juga berhenti daripada DBP. Yang masih berkhidmat di DBP hanyalah 9 orang. Kepada Kak Wan Sakinah (one of the best boss that i have), Abg Long Rashid dan En Hassan, Kakda doakan semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Kepada yang dah bersara, En. Wan Aziz, Haji Arshad, En. Yusof, Kak Kit, Kak Asiah, Kak Kiah, Datin Rajnah, Kak Zan, Kak Siew Lan, Kak Bedah, Mak Ani, dan En Zaharudin, Kakda doakan semoga kalian sentiasa dalam perlindungan Allah. Kepada teman yang dah berhijrah ke tempat baharu, Mahdi, Syam dan Adik

Selamat Kembali ke Sekolah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! Hari ni bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2021 buat pelajar pelajar sekolah di Malaysia. Tapi permulaan sesi persekolahan pada tahun ini ternyata sangat unik. Hanya pelajar tingkatan 5 dan 6 tahun lepas sahaja akan ke sekolah. Pelajar yang lain hanya memulakan persekolahan di rumah masing-masing. Pelajar akan belajar secara dalam talian di rumah masing-masing. Banyak cabaran yang akan dihadapi sebenarnya. Dari segi kemampuan keluarga, kestabilan line internet, tumpuan anak-anak dalam pembelajaran dan sebagainya. Bercakap tentang perkara ini Kakda rasa memang takkan habis. Jadi Kakda tak nak ulas apa-apa. Lagipun Kakda pun kerja di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kakda yakin setiap keputusan yang dibuat telah dibuat pertimbangan sewajarnya oleh Pak Menteri dan juga Kabinet. Jadi Kakda pandang dari sudut positif sahaja. Kakda cuma nak ucapkan selamat memulakan alam persekolahan dan pembelajaran buat anak-anak semua...terutamanya bua

Pertemuan secara dalam Talian

Asslamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! Suatu ketika dahulu pertemuan secara dalam talian ini merupakan sesuatu yang agak asing bagi kita semua. Pandemik Covid-19 telah mengubah semuanya. Kini, Zoom Cloud Meeting, Google Meet, Ms Team menjadi antara platform yang menjadi tumpuan.  Secara peribadi, Kakda berpandangan bahawa mesyuarat secara bersemuka ini kurang memberikan kepuasan terutamanya bagi mesyuarat yang melibatkan lebih daripada 5 orang ahli dan ada pembentangan. Masalah teknikal ketika pembentangan dibuat sangat mengganggu perjalanan mesyuarat. Ini tak kira lagi dengan gangguan line internet ahli mesyuarat pulak. Kakda sendiri biasa mengalami gangguan ini. Stress juga bila kita tengah buat pembentangan tiba-tiba slaid yang kita tunjukkan tak bergerak. Aduh...nak beli laptop baru, laptop yang guna ni memang belum setahun pun. Sabar je lah banyak-banyak. Anda semua rasa macam mana? ok tak pertemuan secara dalam talian ni? Walau bagaimanapun, ada banyak juga kebaikan mesyuarat

Selamat Tahun Baharu 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! Walaupun dah masuk hari ke-18, Kakda tetap nak ucapkan "Selamat Tahun Baru 2021" buat semua yang berada di sini....Blog suam kuku yang ownernya sekejab timbul sekejab tenggelam...Setiap kali timbul dia berazam untuk terus terus aktif tapi tak lama lepas tu dia tenggelam balik. Memang hangat-hangat tahi ayam lah bak kata orang tua-tua dulu. Ini yang dinamakan kita merancang Allah yang menentukan. Cukup kuat tak alasan kali ni? hahahahaaaa.... Gambar terkini untuk tatapan semua kalau ada yang dah lupa muka Kakda ni macam mana kan? Dua budak hensem tu anak buah kedua dan ketiga Kakda. Okaylah. Setakat ini dahulu bebelan Kakda ya. Insyaallah esok Kakda sambung lagi. Banyak benda nak kongsi sebenarnya. Semoga Allah berikan kerajinan kepada Kakda hendaknya. Aminnnn....

January Babies

Happy Birthday & Many Happy Returns  to my beloved: Sister, Anyah  @ Norazian Mohd Salleh - 2 January,  Nephews, Ayoi  @ Muhamad Azrul Azman - 10 January and  Aiman  @ Muhammad Aiman Syafiq Nor Syaiful Nazlan - 12 January May Allah blessed you in this life and hereafter.  Love you to the moon and back 💗 Sikit punya ceria anak buah Kakda sorang ni potong kek :-) 6 tahun dan umur anak buah Kakda ni Ayoi dan masuk 14 tahun dah. Tapi manjanya memang macam kecik-kecik dulu. Ni lah anak bongsu  satu-satunya abangku. Anyah potong kek dengan Kakak Qisya, kakak Deena dan Dikman.

Covid-19

Assalamualaikum dan Salam Semua! Kes jangkitan Covid di Malaysia semakin membimbangkan. Semoga kita semua dilindungi Allah, dijauhkan daripada jangkitan. Insyaallah.  

DIRGAHAYU DBP

Assalamualaikum dan Salam Semua! Dewan Bahasa dan Pustaka atau lebih dikenali dengan nama DBP telah ditubuhkan semasa negara sedang dalam persiapan menyambut kemerdekaan. DBP ditubuhkan sebagai  sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran  di Bukit Timbalan, Johor Bahru dengan nama Balai Pustaka  p ada 22 Jun 1956 . Tujuan penubuhannya adalah untuk mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Hasil Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang berlangsung di Singapura dan Johor Bahru pada 16 – 21 September 1956, kerajaan telah menerima cadangan kongres tersebut yang mahu menamakan Balai Pustaka dengan nama Dewan Bahasa dan Pustaka.  DBP kemudiannya  berpindah ke Kuala Lumpur di sebuah bangunan bekas wad hospital di Jalan Young pada tahun 1957.  Pada tahun 1959, DBP telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Dengan penaikan taraf ini, DBP diberi kuasa autonomi, iaitu menggubal dasarnya yang

I'm Back!

Assalamualaikum & Hai Semua! Insyaallah mulai hari ini, Kakda akan kembali menulis di blog yang tak sepertinya ini yang dah tiga tahun ditinggalkan. Sebab yang pertama, Kakda dah ada laptop baru yang pecutannya lebih hebat dan sebab kedua Kakda  suka baca coretan sendiri. Macam baca buku sejarahlah lebih kurang 😄 Oleh yang demikian, dengan atau tanpa pembaca lain, Kakda akan terus menulis. Supaya Kakda boleh baca pada masa akan datang. Kalau ada pembaca, terima kasih kepada yang sudi luangkan masa. Semoga ada manafaat hasil pembacaan anda semua itu nanti. Insyaallah. * Sekarang nak bahasakan diri sebagai Kakda pula. Dah 40an ni kan so dah pangkat akak ngan makcik dah ni. Hihihi...Nak bahasakan diri sebagai Aida macam sebelum ni rasa dah tua dah tak berapa nak remaja dah. Heheheee..... Gambar kenangan di Oxford University, 2019.