Skip to main content

Selamat Kembali ke Sekolah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua!

Hari ni bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2021 buat pelajar pelajar sekolah di Malaysia. Tapi permulaan sesi persekolahan pada tahun ini ternyata sangat unik. Hanya pelajar tingkatan 5 dan 6 tahun lepas sahaja akan ke sekolah. Pelajar yang lain hanya memulakan persekolahan di rumah masing-masing.

Pelajar akan belajar secara dalam talian di rumah masing-masing. Banyak cabaran yang akan dihadapi sebenarnya. Dari segi kemampuan keluarga, kestabilan line internet, tumpuan anak-anak dalam pembelajaran dan sebagainya. Bercakap tentang perkara ini Kakda rasa memang takkan habis.

Jadi Kakda tak nak ulas apa-apa. Lagipun Kakda pun kerja di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kakda yakin setiap keputusan yang dibuat telah dibuat pertimbangan sewajarnya oleh Pak Menteri dan juga Kabinet. Jadi Kakda pandang dari sudut positif sahaja.

Kakda cuma nak ucapkan selamat memulakan alam persekolahan dan pembelajaran buat anak-anak semua...terutamanya buat anak-anak buah Kakda yang berlima tu - Wan (Form 5), Jijie (Form 4), Ayoi (Form 2), Qisya (Tahun 3) dan Adam (Tahun 2). Semoga anak-anak semua dapat menyerap segala ilmu yang diajar oleh para guru dan sentiasa berusaha untuk menambah ilmu sendiri. Dalam keadaan pembelajaran bersama guru secara dalam talian yang terhad ini, anak-anak perlu lebih gigih berusaha untuk mencari ilmu sendiri.  

Selamat Maju Jaya buat Anak-anak Semua!

an
Ni gaya anak-anak buah Kakda Belajar dari Rumah.
Anak buah Kakda yang No. 1 - No. 3 
Azwan @ Wan- Form 5, Azizi @ Jiji - Form 4 dan Azrul @ Ayoi - Form 2.


Comments

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Bye Boss!

Bye Boss! Selamat bertugas di jabatan baru ya. Terima kasih atas segalanya. Mohon ampun maaf segala salah silap yang ada ya.   Rakaman kenangan dengan Boss di Frankfurt tahun lepas.

Birthday Getaway

Cuti-cuti di Port Dickson bersama-sama keluarga tercinta sempena birthday tahun ni. Tak banyak gambar pun. Tapi nak jugak post kat sini sbg kenangan.