Skip to main content

SSK dalam Kenangan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua!

Hari ni Kakda takde idea nak bercerita. Tapi untuk mengekalkan momentum berblogging ni, Kakda kongsikan gambar ni di sini. Gambar yang dah berusia 15 tahun jugak kalau tak silap Kakda. Gambar kenangan kami di Bahagian Sains Sosial dan Kemanusiaan, DBP. Bahagian tu pun dah takde di DBP sekarang ni. :-)

Ramai yang dah meninggalkan kami. Ada yang dah pergi ke dunia abadi, bersara dan juga berhenti daripada DBP. Yang masih berkhidmat di DBP hanyalah 9 orang.

Kepada Kak Wan Sakinah (one of the best boss that i have), Abg Long Rashid dan En Hassan, Kakda doakan semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kepada yang dah bersara, En. Wan Aziz, Haji Arshad, En. Yusof, Kak Kit, Kak Asiah, Kak Kiah, Datin Rajnah, Kak Zan, Kak Siew Lan, Kak Bedah, Mak Ani, dan En Zaharudin, Kakda doakan semoga kalian sentiasa dalam perlindungan Allah.

Kepada teman yang dah berhijrah ke tempat baharu, Mahdi, Syam dan Adik Shima - Semoga kalian juga dilindungi Allah sentiasa.

Kepada teman-teman yang masih berkhidmat di DBP, Kak Laily, Kak Syiqin, Suzanti, Kak Zaiha, Zulfa, Abg Wan, Darul dan Syukri, semoga kalian terus bersemangat untuk memikul amanah di organisasi keramat ini. 

Buat semua - Kakda sayang anda semua. Kenangan bersma kalian memang akan terus terpahat jauh dilubuk hati ini



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...