Skip to main content

Cerita Hujung Minggu

Hujung minngu ini aku agak sibuk. Sibuk lah sangat...hehehehehe....Apa yang disibukkan tu? Inilah ceritanya.....
 
Hari Sabtu aku pergi pejabat.....kerja. Apa barang kerja hari Sabtu kan? Bangla pun cuti hari Sabtu.Hehehee...Tapi nak buat macam mana. dah banyak kerja yang nak aku siapkan. Isnin sampai Jumaat nampaknya tak cukup untuk aku buat masa ini. Jadi terpaksalah berkorban masa rehat untuk bekerja. Demi organisasi tercinta. Cetttttt....hehehehehee....

Tapi memandangkan aku ni tak lah berani sangat nak datang ekrja sorang-sorang makanya terpaksalah aku angkut anak buah kesayangan aku Jijie dengan Ayoi sekali. Wan tak dapat ikut sebab sekolah. sedih je muka tak dapat ikut aku gi office. Hehehehe...Budak-budak bertiga ni memang suka sangat pergi office aku. Sebabnya diorg suka main troli. hehehehehee...Dah nama pun budak-budak kan. Troli pun suka. Sambil aku buat kerja tu diorg main lah troli dengan sepuas puasnya.


Posing sikit atas troli sbb Ayang nak masuk blog...
hehehehehe
 Lepas penat main troli aku bagi diorg makan. Hari ni aku bawa Bihun goreng, nugeet dengan chips. Bersama-sama dengan air milo ais dan kek cokelat. Gambar makanan lupa nak ambik. lepas makan sambung main troli lagi. Lepas tu rehat sekejab. Lepas rehat aku suruh belajar sekejab.

 
Lepas belajar sambung lagi tolak troli. Dah penat main Monopoly pulak. lepas tu makan lagi.Lepas tu diorg ikut aku solat Zohor pulak. Lepas solat aku sambung kerja diorang main lagi. 
 

 
 Itulah aktiviti diorang sepanjang berada di office aku. Lepas aku siap kerja, aku bawak diorang pergi makan dulu sebelum balik. Destinasi adalah AEON Kepong, sebab nak ambik Ateh diorg balik sekali. Makan dekat KFC je sebab itu yang diorang nak. Lepas makan, pergi solat Asar pulak. Lepas tu beli sushi dulu. Perut dah kenyang tapi nak sushi jugak sebab nak bawak balik. Hehehehe...Aku layankan je lah sebab upah teman aku pergi pejabat.
  
Posing depan kedai cina apa tah nama dia.
Berkenan dengan dragon tu.


Sudahnya sampai rumah dah pukul 7 lebih jugak. masa dalam kereta aku nampak macam nak layu jer. Penat lah katakan. Tapi diorang enjoy je dan aku boleh siapkan kerja. Jadi kesimpulannya boleh bawak lagi lah. :-)
 
Petang tadi pula aku pergi menziarah Odah (kawan se Za8FC dulu hehehe) yang baru melahirkan anak kedua (tak lah baru sangat dah berapa bulan juga...hhehehe). Bukan tak nak pergi awal tapi keadaan kurang mengizinkan. Tapi takpelah bak kata omputer "better late than never kan?" hehehhehe.....
 
Apa-apapun belum terlewat untuk aku ucapkan tahniah buat Odah dan Abg Alili atas kelahiran Nur Sofea Adlina. Semoga Phyea (suka aku jer tukar nama dia camni...hehehehe) akan membesar menjadi anak yang soleh, taat kepada agama dan juga kedua ibu bapa dan berjaya duania dan akhirat.
 
Putih melepak n gebu gila kan?
kalau aku ni putih sure boleh mengaku ni anak aku ni...
heheheheh....
 
 
Inilah cerita hujung minggu aku kali ini. Korang macam mana?

Comments

  1. aku suka part anak buah ko menelaah buku teks KSSR tu beb...hehehe

    ReplyDelete
  2. Tu bukan berlakun tu tau syuk tu bebetul...:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut t...