Skip to main content

Lunch Pack

Lama tak menayang lunch pack disebabkan kesibukan diluar kawalan. Jadi hari ini aku ingin kembali kegiatan menayang lunch pack yang tak seberapa ini. Menu hari ini cukup ringkas dan hanya mengambil masa tak sampai 30 minit untuk menyiapkannya. Menunya adalah.......

  • Wholemeal Bread Tuna Pizza
  • Steam Sweet Corn
  • Kiwi

Menu ringkas dan mudah tetapi cukup untuk membuka selera aku untuk makan. :-)

Agak-agaknya ada tak yang nak tahu macam mana aku buat Wholemeal Bread Tuna Pizza ni? Memang senang je tapi aku tetap nak bagi tau macm mana aku buat. hehehee....

Resepi Wholemeal Bread Tuna Pizza

Bahan-bahannya:

Roti Wholemeal
Tuna Tomato Chili (Ayam Brand) - (aku masak sekejab dalam kuali - tanpa minyak)
Capsicum
Onion
Button Mushroom
Mozzarella Cheese

Cara-caranya:

Letakkan Tuna Tomato Chili di atas roti wholemeal, ratakan.
Taburkan Capsicum, Button Mushroom dan Onion.
Taburkan Mozzarella Cheese.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
(Tempoh membakar terpulang kepada citarasa masing-masing. kalau suka keras boleh lama sikit. Kalau tak suka keras sangat bakar sekejab pun boleh. Tapi macam aku yang nak tapau ke pejabat dan nak makan tengah hari, aku bakar lama sikit supaya roti tak jadi lembik. Aku bakar sekitar 20 minit.)
Siap. Potong mengikut saiz yang dikehendaki.

Boleh makan dah... :-)

Comments

  1. dh lama tak nampak ntry lunch pack nih... rajin tul lah dik oi... akak nih bile lah nk rajin cam ko nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busy lah kak tak dan nak mengupdate blog.....kak, dulu saya pun tak berapa rajin tapi bila dah selalu dah jadi biasa...akak try start nanti mesti ok :-)

      Delete
  2. Arghhh balik ni rasa mcm nak buat jagung rebus... dap nyeee!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...