Skip to main content

100 hari

Dah berhabuk dan bersawang blog ni. Tanpa sedar dah 8 bulan rupanya aku tinggalkan dan abaikan blog ni. Bukan sengaja tetapi masa memang tidak mengizinkan. Sesuatu berlaku dalam tempoh 8 bulan ni. Kepada yang masih setia menjenguk blog ni walaupun tiada update baru daripada aku, aku ucapkan terima kasih.
 
Begitu pantas masa berlalu. Tanpa sedar dah lebih 100 hari mak yang tersayang meninggalkan kami semua. Walaupun dah 100 hari tetapi ngatan terhadap mak, kerinduan terhadap mak tak pernah susut walau sedikitpun 
 
 
Kepada yang belum tahu, mak aku telah pergi menyahut panggilan ilahi pada 8 Mei 2014 yang lalu. Nanti aku akan ceritakan secara terperinci peristiwa itu dalam entri akan datang. Insyaallah.
 
Malam Sabtu yang lalu, kami sekeluarga berkumpul untuk solat berjemaah, tahlil dan bacaan Yassin bersama-sama diketuai oleh abah. Syukur Alhamdulillah kerana semua adik beradik dan ipar duai serta anak buah aku dapat bersama-sama.
 
Sayu terasa hati bila bacaan Yassin dimulakan. Bukannya aku tak biasa baca Yassin untuk mak, memang boleh dikatakan sehingga hari ini aku masih lagi cuma membaca Yassin setia hari. Itu sahaja yang dapat aku berikan pada mak sekarang ni. Tetapi bila baca satu keluarga seperti ini memang lebih pilunya. Memang aku tak sekuat orang lain. Air mata memang mudah sangat mengalir. Bukan tidak redha dengan pemergian mak, tetapi kesedihan masih belum dapat dibuang lagi. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh mak. 
 
Untuk majlis keluarga ni, abah minta kami buat BBQ sahaja untuk makan selepas tahlil tu. Tak perlu masak yang lain. Mudah dan memang kegemaran kami sekeluarga, Abah belayam, kambing, udang galah, sosej, daging burger untung dibakar. Abah seronok bila semua anak-anak berkumpul macam ni. Kalau dulu aku Nampak mak yang akan Nampak seronok bukan abah. Tapi rupanya bukan abah tak seronok cuma abah tak menunjukkan keseronokan itu. Tapi lepas mak pergi ni, memang napak sangat abah akan seronok bila semua anak cucu ada dekat rumah. Mungkin terubat rindu abah pada mak bila tengok anak cucu agaknya. Aku tak mampu bercerita banyak kerana sayu setiap kalinya. Uhukss... Aku kongsikan serba sedikit gambar untuk tatapan semua dan juga tatapan aku juga pada masa akan datang. 
 
 
 Proses bakar membakar oleh adik dan adik ipar aku
 
 
 
 
 
Hasilnya
 
 
 
Yang ni tak bakarlah....
 
Mee Goreng kegemaran abah
 
Kek Butter resepi mak kegemaran keluarga aku.
 
Cucu-Cucu Nenek dan Atok
 
Jijie dan Ayoi

Adam Syafik dengan sandal baru yang ada lampu

Comments

  1. salam takziah ye dik.... ptt lah lama sgt tak dgr berita... rindu betul akak nk dgr cite kamu... moga kamu tabah n banyak2 bersabar ye dik... anak mana yg tak pilu, tak sedih bila tibe2 mak nya takde di sisi di depan mata... al fatihah bt arwah, moga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. Memang kesedihan masih terasa sehingga kini

      Delete
  2. takziah dari akak juga... samalah kita hari raya ini tanpa insan tersayang... akak kehilangan bapa pada 23 jun yang lepas... yah... akak ada baca cerita pasal mak aieyda sebelum itu.....
    apapun kita kirimkan doa moga dosa mereka diampunkan... itulah yang kita boleh buatkan..
    harinipun dah habis syawalkan... semoga kehidupan kita dipermudahkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)