Skip to main content

Lawatan Kerja Ke Karangkraf

24 February 2016
Kompleks Media Karangkraf dan Ultimate Print Sdn. Bhd.,
Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.
 
 
 
Lawatan ke Karangkraf Mall.
 
Karangkraf Mall adalah kedai buku yang menjual buku terbitan Karangkraf. Lokasinya betul-betul di depan lobi utama Kompleks Media Karangkraf. Kalau anda memang ulat buku, baik jangan masuk sebab anda akan rambang mata. hehehehee....
 
 
Mr. Syamil Fahim memberikan penerangan ringkas tentang sejarah kedai buku karangkraf dan penerangan ringkas tentang buku dan majalah terbitan Karangkraf.
 
Sesi Taklimat
 
Taklimat by Mr Syamil Fahim Mohd Fahim, COO of Karangkraf


Editorial Division

 
POD Machine

 
 
Lunch Treat
 
 
Rakaman Kenangan
 
  
  
 
Last but not least
With the founder - Dato' Dr. Husamuddin Yaacob & Tuan Haji Nasir Hamzah

Aida secara peribadi sangat kagum dengan kehebatan Dato' Dr. Husamuddin dan Tuan Haji Nasir Hamzah mengemudi Karangkraf sehingga menjadi  sehebat sekarang ni. Ditubuhkan pada tahun 1978 dengan hanya sebuah publishing house yang beroperasi di lot kedai sahaja. Sekarang ni, Kumpulan Media Karang mempunyai Tanah seluas 27 ekar, yang menempatkan kilang percetakan, bahagian editorial, grafik, studio foto, kedai buku dan macam-macam lagi. Perkembangan hebat ini berlaku dalam tempoh tidak sampai 40 tahun. Siapa kata anak melayu tak boleh maju? Siapa kata anak melayu tak boleh Berjaya? Siapa kata anak melayu tak pandai berniaga? Karangkraf dah pun buktikan. Sebab itulah Aida rasa sangat-sangat bangga dengan Karangkraf ni.  
 
 

Comments

  1. seornoknya dpt pi sana kak... dana pun tingin lah tp kalu ada bt lawatan pi sana... asik org yg sama je terpilih... ngelat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut t...