Skip to main content

Short Trip to Ho Chi Minh City, Vietnam - Part 3

Untuk part 3 ni Aida nak cerita tentang tempat shopping yang kami pergi jer. Tak banyak pun. kami cuma pergi Ben Thanh Market, Pasar malam dan kawasan kedai sekeliling tu jer.  Ada bawak budak kecil kan susah sikit nak jalan banyak-banyak kesian kat baby. 

Pasar Ben Thanh @ Ben Thanh Market


Pasar Ben Thanh ni terletak berhadapan dengan Malaysia Street. Memandangkan kami memang memilih hotel di Malaysia Street, jadi kami hanya berjalan kaki tak sampai 5 minit pun untuk ke Ben Thanh Market. Dekat sangat.

Ben Thanh Market ni memang jadi tumpuan pelancong (terutamanya dari Malaysia). Kalau kita ke Ben Thanh Marke memang bersepahlah orang Malaysia kat situ. Rasanya bukan semua pelancong tapi ada juga peniaga yang memang menmgambil barang jualan di Pasar ben Thanh ni. Memang ramai ok. Berselisih bahu jer mesti jumpa oirang Malaysia.

BHen Thanh market ni menjual pelbagai benda. Ada pakaian, kain baju, cenderamata,  makanan (buahan-buahan, kopi, makanan kering dsb). Harganya memang murah jika dibandingkan dengan Malaysia. Kami tidak ke tempat lain jadi kami tidak boleh buat perbandingan di kedai lain di Vietnam ni).

Ni rupa Ben Thanh Market dari dalam.
















Perkara Penting Tentang Ben Thanh Market:

Kepada mereka yang tidak pernah sampai aida nak bagi tau sikit. Ben Thanh Market ni memang panas. Macam kita pergi pasar biasa kat Malaysia. Takde aircond. Keadaannya pun tak selesa. laluan antara kedai memang sempit jer. Jadi memang selalu berlaga bahu dengan orang lain. Tapi untuk kaki shopping memang rasa macam syurga sebab terlalu banyak barang yang dijual di sini dengan harga yang menang murah. Contohnya kain cotton boleh dibeli dengan harga serendah RM30 sepasang. Di Malaysia orang jual dengan harga RM70 dan ada juga mencecah RM100 lebih. Jadi memang rambang mata lah.
 
Aida pun merembat 15 pasang kain cotton. Ni sebahagian daripada kain cotton yang Aida beli.
 
 

Harga barang kebanyakannya dalam RM. Jadi kita tak perlu tukar DOng banyak-banyak kalau nak membeli belah di Ben Thanh Market ni. Mereka memang boleh juga jual dengan matawang DOng tetapi kalau kita convert sedikit mahal biasanya jika dibandingkan dengan bayar dalam RM. Mahal dalam beberapa RM jugalah. Jadi lebih mudah dan menguntungkan sekiranya kita bayar dengan RM. Ini pendapat Aida berdasarkan pengalam di sana. Kalau orang lain ada pengalaman yang berbeza tidak mengapalah kan.
 
Lagi satu perkara penting di Ben Thanh Market ni ialah kita kena pandai tawar. Kalau tidak memang kita kena tipulah. Tawar sebanyak mungkin sebab harga biasanya diletakkan jauh lagi tinggi berbanding harga sebenar. melainkan untuk kain cotton dan kain potong yang lain. Harga kain memang payah nak tawar. Tapi walaupun tak tawar harga tu dah cukup murah berbanding dengan Malaysia.
 
Perkara yang paling tak suka bila berada di Ben Thanh Market ni adalah sikap peniaga yang suka memegang dan menarik kita sesuka hati untuk menunjukkan barang-barang mereka. Jadi untuk selamat kita buat muka ketat jer bila lalu kedai yang kita tak rasa nak beli tu. Biar Nampak sombong sikit. heheheee...
 
Dari segi bahasa pula tiada masalah. Sebab kebanyakan peniaga di Ben Thanh market ni boleh berbahasa melayu dalam lenggok mereka lah. Dan bagi yang tidak boleh berbahasa Melayu mereka boleh berbahasa Inggeris. jadi proses pembelian tidaklah susah mana.
 
 
Tapi satu perkara yang Aida perhatikan di Ben Thanh Market ni, barang untuk lelaki susah nak cari. Kebanyakan barang yang dijual untuk perempuan. jadi kalau lelaki pergi memang sangaplah kot. Tshirt jer lah pun kalau nak ada untuk lelaki. jadi kalau nak cari cenderamata untuk lelaki memang amatlah payah.

Pasar Malam
 
Pasar Malam ni beroperasi bermula daripada pukul 6.30 petang. Lokasinya di luar Ben Thanh Market. Sekeliling Ben Thanh market. Barang-barang yang dijual lebih kurang macam di Ben Thanh Market juga. harganya sedikit mahal berbanding dengan Ben Thanh Market. Ni berdasarkan pengamatan kami secara rambanglah. Peniaganya pula ramai jugak yang sama dengan peniaga Ben Thanh Market. Siang meniaga dalam pasar dan malam meniaga kat pasar malam. Gambar tak banyak diambil sebab masa sampai-sampai tu Aida dan mula nak ambil gambar, ada peniaga pesan, hati-hati. Takut orang naik motor rampas telefon tu (curilah ni). terus takut. 












Oklah. ini je lah seba sedikit cerita tentang tempang shopping yang kami pergi. Sikit jer tak banyak pun. Tapi cukuplah menghabiskan apa yang dibawa. heheheeee....




Comments

  1. waaaaaaa banyaknya beli kain cotton... lawo2 lak tu... jual selai kt dana kak hehehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut t...