Hari ni kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kembalinya ke rahmatullah Pak Long kami yang dikasihi. Pak Long adalah abang mak. Bukan abang seibu sebapa tapi abang yg sama-sama membesar dan dijaga oleh ibu dan ayah yang sama. Mak dibela oleh ibu saudara mak yang kami panggil Atok Perempuan dan Pak Long merupakan anak Atok Perempuan. Kami tidak mengenali ibu kandung mak kerana sejak kami kecil kami hanya mengenali ATok (lelaki) dan Atok Perempuan sahaja sebagai datuk dan nenek kami. Kami juga tidak begitu rapat dengan adik beradik mak yang sebenar. Bagi kami Pak Long lah adik beradik mak.
Pak Long menghembuskan nafas terakhir sebaik sahaja azan subuh di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pak Long pergi selepas lebih dua bulan menderita penyakit TB.
Oleh kerana penyakit Pak Long sudah ditahap serius, kami tidak dibenarkan menatap wajah akhir Pak Long. Hanya Mak Long sahaja dibenarkan menatap wajah akhir Pak Long. Segala urusan mandi dan mengkapankan dilakukan oleh pihak hospital. Pihak hospital tidak membenarkan wajah Pak Long dibuka. Sedih juga rasa hati. Tapi apa boleh buat. Ini arahan pihak hospital untuk mengelak penyakit tersebut tersebar...mungkin...huhuhuhu...
Selamat kembali ke alam abadi Pak Long!
Semoga Allah mengampunkan segala dosa Pak Long dan roh Pak Long sentiasa dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa Pak Long dan roh Pak Long sentiasa dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Salam takziah untuk awak dan seluruh keluarga. Semoga roh Pak Long berada dalam kalangan para soleh dan solehah di sisi-Nya. Al-Fatihah...
ReplyDeletesalam takziah kak... moga roh pak long dicucuri rahmat... alfatihah
ReplyDelete