Skip to main content

Waktu Bekerja Berperingkat di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan tahun ini sedikit istimewa buat penjawat awam seperti Aida. Ini kerana Ketua Setiausaha Negara telah meluluskan Waktu Bekerja Berperingkat yang baru iaitu WP4, WP5 dan WP6. Ini adalah tambahan kepada waktu bekerja berperingkat yang sedia ada WP1, WP2 dan WP3.
 
Waktu Bekerja Berperingkat yang baru ini mengurangkan waktu rehat daripada satu jam kepada setengah jam bagi membolehkan penjawat awam pulang awal setengah jam daripada jadual biasa. Menarikkan? Yang lebih menarik adalah kesediaan DBP (badan berkanun) menerima pakai pekeliling tersebut. Alhamdulillah. Terima kasih Tan Sri KSN dan terima kasih pihak Pengurusan DBP.

 
Jadi sepanjang bulan Ramadan ini Aida akan pulang setengah jam awal daripada waktu biasa. Setengah jam ni besar maknanya tau. Dengan awal setengah jam ni Aida boleh sampai rumah jaaaaaaauh lebih awal daripada waktu Ramadan tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana tahap kesesakan lalulintas sepanjang bulan Ramadan memang agak menggila berbanding hari-hari biasa. Jadi dengan pulang lebih awal ni nampaknya dapatlah Aida menghindarkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang boleh menimbulkan stress tu. Alhamdulillah.
 

Comments

Popular posts from this blog

Bye Boss!

Bye Boss! Selamat bertugas di jabatan baru ya. Terima kasih atas segalanya. Mohon ampun maaf segala salah silap yang ada ya.   Rakaman kenangan dengan Boss di Frankfurt tahun lepas.

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Birthday Getaway

Cuti-cuti di Port Dickson bersama-sama keluarga tercinta sempena birthday tahun ni. Tak banyak gambar pun. Tapi nak jugak post kat sini sbg kenangan.