Skip to main content

Rumah untuk di Sewa

Aida ada beli sebuah pangsapuri lebih 10 tahun yang lalu. Pangsapuri  biasa-biasa je di kawasan Keramat. Tapi memandangkan Aida tinggal dengan orang tua, makanya pangsapuri tu Aida sewakan sejak dari awal lagi. Dah berapa penyewa dah dalam masa 10 tahun ni. Ada yang berkeluarga ada yang bujang. Ada yang keluar cara baik, ada juga yang buat hal.
 
Tadi penyewa Aida untuk yang ke berapa entah (lost count dah) nak pulangkan kunci. Alif nama penyewa ni. Pegawai Bank Islam. Baik budaknya. Rumah dipulang dalam keadaan yang sangat baik. Rumah dijaga dengan baik dan dipulangkan dalam keadaan bersih tanpa secebis sampah pun. Syukur sangat. Aida bersyukur sangat dapat penyewa macam Alif. Memang puas hati.
 
Dalam perjalanan nak jumpa Alif tadi risau juga. Risau pertama tentang keadaan rumah. Macam manalah rupa rumah tu. Sampah sarah dan barang-barang terpakai yang ditinggalkan. Fobia betul sebab sebelum ni memang ada penyewa yang demikian. Jenuh juga mengemas.Risau yang kedua mana pula nak cari penyewa baru ni. Malas betul nak iklan semua ni. Upah ejen mahal plak upahnya sampai sebulan sewa dia nak. Rugiiiiii.
 
Bila dah jumpa Alif, masuk je dalam rumah. Bersyukur panjang Aida sebab rumah memang sangat bersih. Takde sampah langsung dan takde barang terpakai ditinggalkan. Memang rasa syukur sangat. Lepas check keadaan rumah keseluruhan tu Aida sembang-sembanglah dengan Alif. Masa sembang-sembang tu Alif tanya untuk kali keberapa tah...'Akak tak nak jual rumah ni ke? Juallah kat saya'. Oh tidak dik. Akak belum nak jual harta akak yang satu ni. Akak sayang harta akak ni. Rumah akak baru sebiji. Kalau ada 10 bolehlah akak jual. Hehehehhee...
 
Masa tengah sembang tu ada sorang budak lelaki datang. Mula-mula dia sembang dengan Alif. Lepas tu Alif kenalkan dengan Aida. Rupanya budak tu nak sewa rumah Aida. Ya Allah. Syukur sekali lagi. Mudahnya urusan. Mula-mula rasa cuak juga nak bagi. Dia nak masuk terus sebab dia kata rumah dan bersih. Terus nak bayar deposit dan sewa. Fikir dalam masa beberapa minit tu, Aida buat keputusan untuk bagi jer kat dia. Tapi Aida minta salinan kad pengenalan dia dulu lah. Dapat salinan kad pengenalan terus dia nak bagi duit. Aida pun tawakallah. Semoga dia juga orang yang baik seperti Alif. Insyaallah.
 
Syukur sangat-sangat segala urusan dipermudahkan Allah hari ini. Terima kasih Allah. Ingatkan hari ni ambil kunci rumah jer. Rupanya terus dapat penyewa baru. Alhamdulillah.
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)