Skip to main content

Dimsum Breakfast with The Kids

Sekarang ni kalau bercakap pasal dimsum halal, nama Dolly Dimsum ternyata lebih popular dan mengatasi restoran lain. Tapi untuk Aida, Aida lebih gemar menikmati dimsum di Meisan Szechuan Chinese Restaurant @ Quality Hotel City Centre.

Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur 
Jalan Raja Laut,
50750  Kuala Lumpur
Tel: +60-03-26148000

Sajian dimsum di Meisan Szechuan Chinese Restaurant adalah secara buffet. Eat all you can :-). Bermula dari pukul 9.00 pagi hingga ke 3 petang pada hari Sabtu dan Ahad. Hari biasa Aida tak pasti sebab tak pernah makan di sana pada hari biasa.

Selain daripada menyajikan pelbagai jenis dimsum, Meisan  Szechuan Chinese Restaurant juga menghidangkan pelbagai jenis makanan Szechuan dan Cantonese. Harga yang dikenakan adalah RM38++ untuk dewasa dan  RM28++ untuk kanak-kanak. Bagi Aida harga ini sangat berbaloi jika dilihat daripada pilihan makanan yang disediakan. Harga tambahan akan dikenakan jika kita memesan air selain daripada air kosong dan juga teh china.

Pagi tadi anak-anak dara abah (Aida, Anyah dan Ateh) berkesempatan membawa cucu sulong abah, Wan dan dua cucu kecik Abah, Adam dan Aiman ke MeisanSzechuan Chinese Restaurant untuk sarapan pagi + makan tengah hari. Kami sarapan pagi lewat pada pukul 10 pagi. Jadi untuk tengah hari kami tak perlu makan lagi. Kira brunch lah ni kan?!

Abah dengan Acu tinggal rumah hari ni sebab Abah ada walimatul urus dan Acu memang tak suka dimsum. Jadi membazir je kalau nak bawak Acu. Heheheheee

Adam dan Aiman pertama kali datang ke MeisanSzechuan Chinese Restaurant ni. Wan pulak masa kecik dulu ada juga bawak tapi dia tak minat sangat dimsum (pada masa tu). Dalam ketiga-tiga tu, Aiman jugak menang kalau tengok dari segi makannya. Memang sangat berselera Aiman makan. Dah lah umur Aiman tak dikenakan bayaran. Jadi kami rasa sangat berbaloi. Adam macam biasalah seksa nak suruh makan. Wan pula nampaknya dah mula rasa dimsum ni sedap. Masa kecik dulu dia yang kata tak sedap. maknanya lepas ni bolehlah bawak dia lagi.Hehehee...

Oklah tak nak cerita banyak. Sila layan gambar ni ya kawan-kawan. Ehh lupa pulak nak bagi tau tadi. Kalau nak makan kat Meisan Szechuan Chinese Restaurant ni dicadangkan call dan buat reservation dulu. Kalau walk in biasanya susah sikit. Selalu penuh.
 
Dimsum ni bukan banyak ni jer tau. Diorang akan tambah selalu.
Fried dimsum/wantan
Tak tau nama tapi sedap benda ni.
Yong Tau Foo
Aneka pencuci mulut (desert). Egg tart tu wajib makan sebab memang sedap gila.
Add caption
Chee Cheong Fun
Pau
Amacam? Nampak selera tak AIman makan?
Bersungguh-sungguh Aiman kan? :-)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...