1) BOLA KAMPUNG THE MOVIE
Aku berpeluang untuk menonton filem animasi ini semasa tayangan perdana filem berkenaan pada 6 Mac 2013 yang lalu. Ini tiketnya -----------------------| (bukti ni. hehehehee)
Tayangan Perdana Bola Kampung The Movie ini diadakan di GSC, Midvalley. Aku berpeluang bertemu dengan empunya suara disebalik watak Lord Vilus (Pak Nil), Princess Amanda (Marsha Londoh dan beberapa nama lain lagi yang aku tak berapa perasan sebab aku duduk jauh sikit dari pentas. Ramai juga yang hadir ke tayangan perdana tersebut. menurut penganjur, mereka menempah 5 hall untuk tayang serentak pada malam itu.
Semasa tayangan perdana tu aku berpeluang berjumpa pembawa watak utama cerita animasi ni seperti Pak Nil (Lord Vilus), Marsha (Princess Amanda), dan beberapa pelakun lain yang aku tak perasan sangat sebab aku duduk jauh sikit dari pentas. Turut ditampilkan adalah maskot watak-watak utama Iwan, Sabok, Zul dan Pricess Amanda.
(Photo credit to http://gscmovies.com.) |
Secara keseluruhan aku rasa filem animasi ini agak menarik. Cumanya bagi mereka yang tidak pernah menonton cerita animasi ini di TV sebelum ini mesti tertanya-tanya kenapa nama filem ni Bola Kampung. Sebab ceritanya bukan tentang bola kampung. Ceritanya lebih hebat dan besar daripada setakat cerita bola kampung. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang menggemari cerita Bola Kampung di TV tu, memang wajiblah membawa mereka ke panggung berhampiran.
2) LAWAK KE DER 2
Tanpa perancangan awal, tiba-tiba petang tu adik aku tanya, nak tengok Lawak ke Der 2 tak? Aku kata aku ok jer. Memandangkan Wangsa Walk tu tak jauh sangat dari rumah kami, jadi adik aku kata dia pegi beli tiket dulu. Rancangan awalnya nak tengok petang dalam pukul 5 tapi malangnya tiket habis. jadi yang ada pukul 9.00 ++ mlm. Kami on jer jer sebab yang nak tengok pun adik beradik jer dan panggung wayang pun dekat dengan rumah.
Mula-mula rancang nak pergi dua kereta sebab adik dengan adik ipar aku nak balik terus rumah diorg dekat Serdang lepas movie tu. Tapi bila fikir balik keadaan parking yang sangat tak menggalakkan untuk bawa kereta banyak-banyak ni jadi kami pun pergi satu kereta jer. Aku pergi dengan adik lelaki aku, A'a dan isteri (Anie) dan juga adik bongsu aku, Ayee. Kakak aku tak minat jenis cerita macam ni. Adik aku, Ain yang tengah sarat mengandung pulak mmg taknak tengok movie sekarang ni. jadi suami dia pun ikutlah tak tengok movies juga sekarang ni.Sorang lagi adik aku, Aphyd kerja pulak. Jadi tinggallah kami berempat.
Bagi aku Lawak ke Der 2 ni memang terbaiklah. Aku pergi sebab nak tengok JOZAN. Aku kan peminat JOZAN. Tapi bila dah tengok keseluruhannya aku rasa dalam Lawak Ke Der 2 ni Harith Iskandar adalah yang terbaik. Memang lawak giler. Lawak sempoi tapi memang bikin pecah perut. Lepas tu baru JOZAN, Nabil dan akhir sekali (yang aku kurang gemar) Boboi. Lawak JOZAN memang macam biasa, kelakar dah sangat sengal. Heheheee.....Nabil pulak bagi aku not bad lah. Cuma Boboi jer yang aku rasa kureng menyengat. Tapi ini pendapat dan pandangan aku lah. Janganlah marah ya.
Comments
Post a Comment