Selepas dua hari berpenat lelah mengangkut air hari ini aku rasa aku nak berehat. Lagipun air dah mula keluar dekat paip. jadi tugasan menadah air tu aku serahkan kepada adik aku. Aku tak nak angkat-angkat air dah hari ni. Badan dah sakit-sakit dah ni.
Kalau nak berehat aku tak boleh duduk rumah sebab nanti terbuat juga kerja mengangkut air. Jadi, aku minta izin abang aku untuk bawak 3 Stooges - Wan, Jijie & Ayoi untuk berjimba. heheheheheee....Budak-budak tu ok jer. Bawak jalan pergi mana pun diorg ok punya. Budak-budak kan....
Puas jugak memikir nak bawak diorg pergi mana. Nak pergi theme park dah lewat sangat sebab aku cuma boleh bawak diorang jalan dalam pukul 2 macam tu sebab sebelum tu kitaorang nak pergi kenduri kahwin jiran aku. kalau pergi theme park memang rugilah sebab dapat main sekejab jer.
Jadi aku rasa tempat yang paling mudah dan boleh buat diorg enjoy apa lagi kalau bukan tengok movie. Maka tengok movielah kami.....Cerita pilihan diorang adalah......
Macam biasa sebeklum movie mula kita bersantai dulu minum ringan sebab diorng pun baru makan kat kenduri kahwin tadi. pergi chattime beli Milk Tea with bubble utk Wan dan Choco Oreo With Buble untuk Jijie. Ayoi tak nak. Lepas tu pergi kedai depan tu pulak beli donut. Barulah beli air untuk Ayoi. Dia nak Ice Lemon Tea jer. Donut beli sorang satu jer sebab perut pun kenyang lagi kan. Donut tu pun diorng kurang sikit sebab keras. Tu yang walaupun satu jer sorang makannya berjam-jam.Takpelah sebab movie pun lagi sejam baru mula.
Lepas tu posing sekejab dulu dekat poster Iron Man. Tak sabar-sabar diorng ni nak tengok Iron Man. Tunggu ya anak-anak. 26 April baru keluar. Nanti Ayang bawa pergi tengok. Dan janji ditepati dah dengan diorng. :-)
Popcorn sorang sato ok. Share2 tak main. Tak cukup dioang kata...hehehehe |
Movie dah nak start dah ni. Tapi posing skit dulusebab Ayang nak masuk blog Ayang... heheheheheh |
Lepas habis movie terus balik rumah sebab ada projek nak hantar fruit tart kat office Ateh dan nak ambik Ateh balik sekali. Sebelum balik kita beli aidkrim pulak dulu. Lecka Lecka. Tapi semua makan tak habis. Not to their liking.
Jadi balik rumah, solat dulu, ambik fruit tart terus pergi office Ateh - AEON Kepong. Sampai office Ateh terus pergi solat Maghrib dulu. Tunggu Ateh dekat surau. Lepas hantar fruit tart pada kawan Ateh, plan nak gi makan. Wan dengan Jijie request nak makan Sushi King. Terus lah pergi Sushi King. Malangnya beratur panjang sangat kat Sushi King tu. Aku dah cakap kat diornag kalau ramai orang kita makan tempat lain. Jadi terpaksalah cancell makan kat Sushi King. Piilihan seterusnya adalah KFC. Aku ikutkan jelah. Diorang try ayam korea yang baru tu. Sedap tapi mak aiiiiiiiii...pedas bangat seh. Memang tak tertahan pedasnya terutama untuk orang yang tak tahan pedas ni. Makan sambil berlinangan air mata dah air hidung. Heheheheee....Air pun siap bertambahlah lagi....
Inilah dia ayam yang sedap tapi pedas gila ni...uhuksssss |
Itulah cerita berjimba dengan kanak-kanak riang di petang Sabtu yang indah nian :-)
akak tak suka ayam barutu.. .ewah tak trypun tapi sebab akak pergi ngan kawan2 yang suka sangat ayam sekali dia kata tak sedap means tak sedapler kot..
ReplyDeleteakak ngan anak2pun dah tengokceritatu...