Skip to main content

Suka dalam Duka

Ada suka dalam duka. Itulah yang aku rasa hari ini.
 
Hari ini aku dengan abah bawa mak ke hospital. Keputusannya Alhamdulillah. Tidak terlalu terlalu buruk tetapi tidak juga baik. Tapi aku bersyukur. Walaupun masih ada kebimbangan dan kerisauan di dalam hati tetapi ia tidaklah keterlaluan sangat.
 
Mungkin ada yang bertanya apa cerita sebenarnya ni. Sebenarnya ini berkaitan dengan mak aku. Memang pada awalnya aku rasa aku tidak bersedia untuk bercerita. Tapi aku  rasa ada baiknya juga aku bercerita. Mungkin  dengan cara ini akan ada lagi ramai orang yang dapat membantu mendoakan mak. Dan untuk itu aku kira ada baiknya aku bercerita.
 
Sebenarnya begini. Beberapa hari sebelum puasa hari tu kami sekeluarga dikejutkan dengan satu berita yang cukup menyesakkan nafas kami semua. Hasil pemeriksaan doktor mendapati bahawa kanser telah menyerang mak semula. Mak pernah diserang kanser payu dara 3 tahun lalu tetapi selepas pembedahan mak kembali sihat. Kami fikir mak akan bebas daripada kanser selamanya tetapi ujian Allah ternyata tidak bertepi. Selepas 3 tahun kanser tersebut kembali menyerang mak. 
 
Aku menyambut berita sedih itu dengan linangan air mata dan kesedihan yang sukar digambarkan. Kenapa ujian ini menimpa mak sekali lagi. Dalam kesedihan macam-macam yang aku fikirkan. Aku mengambil masa beberapa hari untuk menerima takdir ini dengan redha. Pelbagai cara aku lakukan. Aku bersyukur kerana ada teman dihujung sana yang sentiasa beri aku sokongan.(Thank you so much dear. U know who u are). Aku perlu kuat. Kekuatan kami adalah kekuatan mak. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah untuk aku menenangkan dan menguatkan diri.
 
Sejak menerima berita tersebut aku banyakkan membaca surah Yassin. Sehingga hari ini hampir setiap hari aku membaca surah Yassin. Alhamdulillah aku lebih tenang hari ini.
 
Tadi mak ke hospital untuk berjumpa dengan Doktor Pakar Kanser. Doktor mengesahkan bahawa kanser mak berada pada tahap 2 (2 stage cancer). Aku bersyukur, kerana ia pada peringkat awal. Jadi mak akan mula menjalani rawatan kemoterapi pada 12 Ogos 2013 ini iaitu pada hari raya kelima. Aku tak kisah. Tak raya pun tidak mengapa. Yang penting mak kembali sihat.
 
Kepada kawan-kawan sekelian, aku mohon jasa baik kalian untuk mendoakan agar rawatan kemoterapi dan apa juga rawatan yang mak akan jalani berjalan lancar. Dan yang paling penting tolong doakan agar mak sembuh dan kembali sihat. Dan untuk itu, aku ucapkan terima kasih kepada semua. Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian.  
 

Comments

  1. Salam Da,

    Baru akak tahu yang mak Da pernah kena kanser dulu. Insya-Allah doa akak sentiasa dipanjangkan untuk kesejahteraan dan kesembuhannya!

    ReplyDelete
  2. Kak Aida,

    Amalkan minum air rebusan daun durian belanda utk matikan sel kanser. Sekurang-kurangnya kita mencuba. InsyaAllah. Sy doakan moga mak akak kembali sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik. Insyaallah akan diusahakan.

      Delete
  3. kakak... sabar ye dan jangan berhenti berdoa ok
    lebiu and misyu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adikku sayang. Love u & miss u too.

      Delete
    2. Doa akak dari jauh juga moga mak Aida selamatlah hendaknya... moga di sembuhkanlah hendaknya... memang tak berayapun takperkan...

      Delete
    3. sori akak tak leh nak komen kat add commenttu .... leh komen kat reply jer... computer opis akakni buat hal...

      Delete
  4. Cho Zila - Terima kasih banyak-banyak kak. Takpe kak comment kat mana pun xpe. :-)

    ReplyDelete
  5. waaaa bergenang air mata baca entry ni...
    tak apa lah kak, tak beraya pun tak apa.. yg penting kesihatan mak.

    Sy pun pernah tak beraya haji langsung pun 2007 dulu sebab masa tu ayah meninggal.

    Sedih... anyway.. hope mak kak aida cpt sembuh & tabah lah 1famili ya?

    (dari saya yg dah yatim piatu tak ada sape2) :-(

    ReplyDelete
  6. Awak jangan putus asa. Teruskan doa untuk Mak. Insya-Allah, doa anak-anak yang soleh dan solehah akan dimakbulkan Allah SWT. Saya juga sentiasa doakan untuk semua Mak yang masih ada.... Saya dah hilang doa dari seorang Mak... tak salahkan saya pula doakan untuk semua Mak? Terutamanya Mak awak.... Terus bagi dia kekuatan dan jangan tunjukkan kesedihan awak pada dia tau..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)