Skip to main content

Sahabat Selamanya

Dua tiga kapal berlayar di Samudra,
Ayo sahabatku kita bergembira,
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia.

Karena sahabat untuk selamanya,
Bersama untuk selamanya,
Kau dan aku sahabat,
Untuk selamanya setia.
 
Berakit-rakit kita ke hulu,
Berenang-renang kita ketepian,
Kita berbeda untuk saling mengisi,
Segala kekurangan kita.
 
Mencari sahabat untuk selamanya,
Atasi semua perbedaan,
Kau dan aku sahabat,
Untuk selamanya.
 
Selamanya setia,
Sahabat untuk selamanya,
Berbagi dan saling menjaga,
Kau dan aku sahabat,
Untuk selamanya,
Selama-lamanya setia.....
 
 
Aku suka lirik lagu nyanyian Padi (OST Upin & Ipin) ni. Mendengar lagu ni sering buat aku terfikir. Adakah aku punya sahabat yang akan kekal selamanya, sepanjang hayat aku? Sahabat yang kekal bersama-sama saat senang dan susah sepanjang hayat.
 
Merenung ke dalam diri aku rasa buat masa ini aku tak pasti. Aku ramai sahabat baik. Tapi adakah mereka akan kekal sehingga akhir hayat aku. Entahlah. Kita merancang, Allah yang menentukan. walau apapun aku perlu redha.
 
Andai mereka setia bersama aku sepanjang hayat aku syukuri nikmat itu. Andai mereka hanya singgah seketika dalam hidup aku, aku syukuri juga. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.

Comments

  1. insyallah dlm ramai2 msti ada sorang dua sahabat yg sejati, yg boleh berkongsi susah senang walaupun kadang sering gaduh heheh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Kembali kepada Fitrah

Petang tadi aku membaca satu posting di FB yang membuat aku rasa sangat gembira dan bersyukur. Seorang gadis Jepun yang aku kenal semasa menghadiri Tokyo Book Fair 2014 telah mengucap syahadah dan telah kembali kepada fitrah. Syukur ke hadrat Allah.   Arisa Sakamoto atau nama islamnya Nur Arisa Maryam yang aku dengar dan aku lihat dari pembacaan aku di FB nya telah lama mendekati Islam. Beliau banyak belajar tentang Islam dan sebenarnya sebelum mengucap syahadah lagi beliau telah muda solat, berpuasa dan juga mempelajari Al-Quran. Hati beliau memang sangat dekat dengan Islam. Cumanya ada sesuatu yang menghalangnya daripada memeluk Islam. Aku sendiri tak pasti apa yang menghalangnya. Aku selalu berdoa agar Arisa diberi kekuatan oleh Allah untuk mengucap syahadah dan kembali kepada fitrah dengan segera.   Sesungguhnya hidayah Allah itu diturunkan kepada sesiapa yang dikehendakinya, kepada sesiapa yang mencarinya. Walaupun syaitan terus menggoda agar anak adam yang ...