Sudah 15 hari kita berpuasa dan hari ni adalah hari pertama aku berbuka puasa di luar. Aku sebenarnya lebih suka berbuka puasa di rumah berbanding di luar. Mudah segala-galanya. Mudah nak solat, tak perlu berebut makanan dan sebagainya. Lagipun mak tak berapa sihat jadi aku berat hati nak berbuka di luar tahun ni.
Tapi ajakan untuk berbuka puasa di luar daripada sahabat baik aku, Ruziq dan adiknya Zira tak dapat aku tolak. Sesekali berbuka puasa bersama kawan-kawan kira oklah kot. Lagipun hari ni adik Aphyd cuti. Jadi dapatlah dia memasak dengan Ain untuk berbuka hari ni. Mak adalah kawan. Tu yang aku terima ajakan diorang.
Zira & Hubby (Zarrar) Gambar Ruziq tak payah. Jadi stalker yg dok tengok blog aku sebab Ruziq tu silalah kecewa ya...hehehehhee... |
Tempat pilihan Ruziq adalah Seoul Garden, Plaza Pantai. Aku sebenarnya tak pernah makan kat Seoul Garden ni. Jadi aku setuju sahajalah dengan cadangan tu. Lagipun Plaza Pantai tu dekat juga dengan pejabat aku. Senanglah sikit tak perlu aku hadap jem yang teruk untuk ke sana.
Sampai je kat sana, aku kecewa. Ahhhh...macam ni jer rupa Seoul Garden. Buruknya kedai dia. Ditambah pula dengan pembinaan yang dilakukan di hadapan kedai tu. Takde pemandangan langsung. Yang ada cuma zink tinggi yang menutup pandangan. Kecewanya.
Masuk-masuk kami terus buat pembayaran. RM188.75 untuk empat orang. Harga boleh tahan. Kitaorang terus duduk ditempat yang disediakan. Aku malas nak pilih makan. Jadi Ruziq, Zira dan Zarrar yang pergi ambil makanan. Aku duduk diam baca novel. hehehhee....Sempat lagi tu. mestilah sempat. novel Ramlee Awang Mursyid ok.
Pilih punya pilih diorang bawak beberapa pinggan yang berisi daging, ayam, kambing yang siap diperap untuk dibakar, satu pinggan bebola dan sayur untuk direbus dalam kuah sup, buah-buahan dan sedikit puding.
Bila masuk waktu berbuka, kami mula berbuka dengan buah kurma (yang dibawa sendiri). Apa lah kurma pun tak sediakan. Lepas makan kurma aku hirup kuah sup. Alamak....serius tak sedap ok. Tak kena langsung dengan tekak aku. Kecewa betul.
Lepas tu nak makan yang bakar-bakar pulak. Ehhh lupa ambik sos, jadi Ruziq pergi ambik sos. Pilihan aku sos tomatolah. (Tua Bangka tapi suka sos tomato..hehehee) Ruziq balik tempat duduk kami dan bagi tau, sos tomato takde. Ishhhh....yang ada sos macam yong tau foo dan sos cili garlic. Kecewa lagi.
Tapi syukur sahajalah. Mungkin ini je rezeki hari ini. Aku ambik daging dan ayam. Ayam, takde rasa apapun. (dengan bahasa kasarnya tak berapa sedap) dan daging kira ok lah. Lepas tu aku pergi lah bangun, sbb dok terfikir takde haiwan-haiwan lain ke. Pergi tempat buffet dia hmmmm....mmg tak syok...Jadi end up aku ambik salad jer.
Lepas sudah makan bakar rebus semua tu aku rasalah puding dia. Mak aiiiiii....manis gila. Huhhhh....kecewa lagi...Jadi secara keseluruhannya aku kecewa dengan makanan kat Seoul Garden. Eh lupa pulak....ada lagi benda nak komen ni. Pinggan dan gelas dia buruk. Macam makan kat warung. Bilik air pun mmg boleh buah nak buang tak jadi. Huhuhuuuu...Sangat kecewa.
Mungkin ada yang tak setuju dengan aku. Aku minta maaf. Tapi ini adalah pandangan peribadi aku. Kesimpulannya, aku datang sini sekali jelah. Bagi aku bayaran yang dikenakan dengan apa yang diberi adalah tidak berbaloi untuk duit aku. Lagi baik aku makan kat Flaming Steamboat. Memang puas hati. Cuma Flaming takde grill lah. Takpe, cari tempat lain lepas ni.
Layanlah gamba makanan yang tak seberapa ni. Mood ambik gambar tak berapa ada sebab hatiku kecewa :-)
Comments
Post a Comment