Another long gap between updates. Hajat hati nak update hari-hari tak kesampaian. Mak buat macam mana, manuasia merancang Allah yang menentukan :-) Ada banyak benda yang nak aku kongsikan sebenarnya. Antaranya adalah perkembangan terkini tentang mak, cerita tentang raya, cerita tentang diri aku, cerita tentang tenis dan macam-macam lagi. Memandangkan aku tak punya banyak masa untuk buat banyak entri, kali ni aku nak buat dua atau tiga cerita dalam satu entri. Kalau larat nak baca habis korang bacalah ya. Kalau tak larat korang pilihlah apa korang nak baca. :-) Cerita Tentang Mak Mak dah selesai menjalani rawatan Kemoterapi yang pertama. Kemo pertama dibuat pada 16 Ogos 2013 yang lalu, 9 hari lewat daripada jadual asal. Aku berada dihospital semasa rawatan dijalankan. Kepada mereka yang tidak tahu, Kemoterapi adalah rawatan yang menggunakan ubat-ubatan khusus untuk melawan dan memusnahkan sel kanser yang sedang merebak dalam badan pe...
Insan biasa yang mencoret sekadarnya untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.