Assalamualaikum Semua!
Aku harap belum terlewat untuk aku ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Mohon Maaf Zahir dan Batin atas segala salah dan silap sama ada yang sedar ataupun tidak, yang disengajakan ataupun tidak. Mohon maaf juga andai semasa ber blog ada kata-kata yang mengguris rasa tanpa aku sedari. Sribu kemaafan aku minta daripada kalian semua.
Sebenarnya raya kali ini sedikit berbeza buat aku sekeluarga. Mak kurang sihat jadi urusan masak-memasak diuruskan oleh kami adik beradik dan aku dilantik oleh abah sebagai ketua tukang masak. Mak sebagai mandor sahaja. Memang mendebarkan tetapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. lauk pauk dapat disiapkan seperti raya-raya sebelum ini. Cuma kepenatannya sedikit berbeza.
Okaylah aku tak punya banyak waktu untuk bercerita panjang sebenarnya, Jadi aku akhiri dulu di sini. Insyaallah esok lusa aku update lagi.
Raya Kedua Posing-posing depan rumah sebelum keluar beraya. |
Raya Kedua Rumah Busu @ Lembah Keramat & Pak Long @ Cheras |
Raya Ketiga Posing dalam rumah dengan dalam kereta |
tu dia boleh masuk master chef tahun depan.. dah boleh ler tu kot idak takkan abah aieyda lantik kan..
ReplyDeletetahunni pun sama ngan rumah kat kampung akak,mak dah tak larat so kitalah kena siapkan...