Skip to main content

Hadiah Lebaran daripada yang Teristimewa

Assalamualaikum Semua...
 
Tajuk posting tak tahan. Mesti ada yang dok cari apa dan siapalah yang istimewa tu kan? Alah I tau u all mesti nak tau siapa insan istimewa tu kan? kan kan kan? hehehehe...
 
Sebenarnya yang Teristimewa yang aku maksudkan adalah, Rafael Nadal Parera. Pemain tenis pujaan hati aku.  Wahhh...Rafa bagi aku hadiah? Fuhhh ada yang mati berdiri sebab terkejut. Hehehehehe...
 
Suspen je kan? Korang jangan terpedaya. Walaupun aku gila habis kat Rafa tu tapi dia kenal aku pun tidak. Aku bukanlah special sangat weh. Perasan lebih jer selalu. Ahaksss...
 
Ok sambung cerita hadiah. Sebenarnya hadiah lebaran yang aku maksudkan adalah kemenangan dalam dua-dua kejohanan yang disertai oleh Rafa pada bulan Ogos 2013 ni.
 
Yang pertama, Rogers Cup, 5-11 Ogos 2013 di Montreal Kanada. Rafa menewaskan Milos Roanic (11) pada pusingan akhir dengan mudah 6-2, 6-2. Cabaran utama dalam Rogers Cup sebenarnya bukanlah pada pusingan akhir tetapi pada pusingan Separuh Akhir apabila Rafa berdepan dengan musuh tradisinya yang juga pemain nombor 1 dunia pada masa ini, Novak Djokovic. Kejayaan Rafa mengenepikan Novak dengan 6-4, 3-6, 7-6 (2) digelanggang kesukaan Novak (hard court) memang sangat menggembirakan hati aku. Sebelum  
 
Aku berpeluang menyaksikan hampir kesemua perlawanan yang membabitkan Rafa sebab perlawanan berlangsung pagi. Dan dari apa yang aku tengok memang Rafa bermain dengan baik dan sangat meyakinkan. Sesungguhnya kemenangan Rafa bukanlah kemenangan nasib semata-mata. Rafa memang layak menang kerana beliau bermain dengan sangat baik.  
 
Yang kedua pulak, Western & Southern Open 2013, 12-18 Ogos 2013 di Cincinnati, USA. Aku memang mengharapkan Rafa memanangi kejohanan ini tetapi aku tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Takut kecewa. Sebab yang pertama, Rogers Cup  baru je selesai. Rafa tak sempat berehat pun. Yang kedua sebab ini bukan clay court tapi hard court. Jadi aku perlu bersedia menerima apa sahaja keputusan. Tapi nampaknya Rafa tidak mengecewakan. Rafa berjaya menjadi juara dalam kejohanan yang menyaksikan banyak keputusan mengejut di pusingan Suku Akhir. Antaranya Novak Djokovic yang tewas di tangan John Isner, Andy Murray ditundukkan oleh Tomas Berdych dan David Ferrer disingkirkan oleh Dmitry Tursunov.
 
Rafa berjaya menewaskan John Isner di pusingan akhir 7-6(8), 7-6(3) dalam pertarungan yang tidak kurang hebatnya. Isner bermain dengan baik tetapi Rafa kelihatan seperti unstoppable champion. I'm so proud to be a Rafaholic.
 
CONGRATULATION RAFA!
 
 
Photo credit to FB Tennis Now

Photo credit to FB Tennis Now
 
Rafa & Isner
Photo credit to FB Tennis Now

Photo credit to FB Tennis Now

Comments

  1. Menci taw... ingatkan betul2 dapat adiah dari beliau huhu.

    ReplyDelete
  2. heheheee....beliau memang takkan kelihatan dimana2 ok. beliau cuma dalam hati sahaja....(siapakah beliau? hahaha)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)