Skip to main content

Cerita Tentang Mak

Hari ni dah masuk 8  hari emak kat hospital. Dalam seminggu tu 5 malam aku tido di hospital untuk teman mak. 2 malam lagi Kak Nor dan 1 malam Aphyd. Malam ni Aphyd lagi sebab dia off. Kalau mak tak balik lagi, malam esok aku pulak.
 
Sebenarnya memang diluar jangkaan kami yang mak akan berada di hospital selama ini. Sebabnya kalau mengikut jadual, hari Rabu lepas masuk hospital untuk berehat dan Khamis buat rawatan Kemoterapi dan lepas tu boleh balik. Tapi bila dah sampai sana, dah masuk hari kedua Doktor kata ada jangkitan kuman jadi kena bagi mak antibiotic dulu untuk 7 hari. Selepas tu baru boleh buat Kemo. 
 
Kelmarin Doktor dah ambil sampel darah untuk ujian. Kalau kuman dan clear bolehlah buat kemo terus. Keputusan patut dapat harini tapi Doktor tak bagi lagi. Petang tadi Aphyd dah nurse (sebab petang doktor tak datang check). Nurse kata kalau ikut result ok. Tapi kena tunggu doktor esok untuk tau keputusan rasmi. Hmmm kena tunggulah lagi. Takpelah. kami kan penyabar. Harap sangat result ok dan mak boleh buat kemo segera dan lepas tu mak boleh balik rehat dekat rumah. kawan-kawan semua tolong doakan ya.
 
Dikesempatan ini aku nak ucap terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanya khabar, berkirim salam dan mendoakan mak. Insyaallah berkat doa daripada semua rawatan akan berjalan lancar dan mak akan segera sembuh. Insyaallah.

Comments

  1. Akk tak tau pun mak aida sakit. Mak sakit apa. Akk diakab moga dia cepat sembuh ye. Dah brp lama kena kemo tu.

    Ermmm teringat mak akk kat rumah. Byk jasa mak. Sampai la skrg pun dia masih berjasa. Moga mak mak kita ni panjang umo dan sihat selalu. Akk ni bukan lah anak yg baik. Sll melawan mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aida cancer kak....:-( baru start kemo. insyaallah 4 kali...so ada lagi 3 kali lah. akak tolong doakan ya.

      Delete
  2. semoga mak Aida cepat sembuh....krm salam ngan mak..

    ReplyDelete
  3. semoga mak cpt sembuh yek,.. semoga mak kuat utk menghadapi kemo n kaedah perubatan yg lain...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dangers of Internet Dating

Before You Say Yes Think About This ------------------------------------------------ Internet dating has rapidly become one of the most popular ways for couples to meet. You simply upload a photo, type out a small bio, and poof. Like magic your photo is now available for the whole world to see.   Naturally you pick the best photo you can find. Maybe it is 20 years old, but who cares. Your hair looked great that day. Maybe you lie a little about your age, or make yourself sound so much more interesting than you really are. Hey, you want the best guy out there to notice you right? Well guess what? The guy you are looking for, is probably doing exactly what you are. He probably dug into some of his old college photos, lied about his age, and more than likely made himself sound a whole lot more interesting than he is too. Ahh the joy of internet dating. The problem with internet dating is, you never know. You never know if the person who seems interested in you is who h...

Lunch Box

Morning mate! Let's see what I've in my lunch box today.   | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | | Tadaaaaaaaaaaaa.......     Biasa jer...hehehhee....Memanglah biasa. Saje nak buat suspen sikit. Hihihihiii....   Ramai yang tegur Aida pasal lunch pack ni. Diaorang selalu kata 'rajinnya masak', 'rajinnya bawak bekal', rajinnya itu dan ini. Sebenarnya kan Aida ni bukan rajin sangat. Rajin sikit jer...hehehe...Aida memang jenis bangun awal pagi. Biasanya dalam pukul 4 lebih atau pukul 5 memang dah terjaga. Jadi kalau setakat nak sediakan lunch box yang simple macam ni memang mudah jer.   Kalau semua nak tahu, biasanya tempoh penyediaan lunch pack Aida tak lebih daripada 30 minit pun. kadang-kadang 15 minit jer. Contohnya macam hari ni kan.   Pan Fried Salmon - 10 minit - Basuh dan Marinate Salmon 2 minit  - Pan Fied Salmon 4 minit + 4 mi...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)