Aku rasa dah beberapa tahun juga aku menceburi dunia blog ni. Aku sendiri tak pasti berapa lama. Mungkin dua tahun atau mungkin lebih.
Tapi aku bukanlah blogger yang aktif. Menulis bila aku punya masa dan mood untuk menulis. Follower pun tak ramai. Kawan-kawan pun tak ramai yang tau aku ada blog. Dan kalau tau pun mungkin tak ramai yang mengikutinya pun. Mungkin sebab aku yang tenggelam timbul. Atau mungkin juga sebab entri aku tidak menarik minat mereka. Atau mungkin juga kerana mereka tidak ingin tahu pun tentang aku. Entahlah. Apa-apapun itu hak masing-masing. Aku tidak memaksa.
Kadang-kadang aku sendiri keliru mengapa aku berblog? Untuk apa sebenarnya ya? Untuk diri sendiri? Untuk mencari perhatian orang lain? Atau untuk apa? Aku yakin aku tidak mempunyai niat untuk menarik perhatian orang. Aku rasa tujuan sebenar aku adalah untuk merakam peristiwa, mencatat kenangan indah suka dan duka dalam kehidupan aku. Bukan untuk orang lain tetapi untuk diri aku sendiri. Untuk tatapan aku bila aku kebosanan dan juga untuk tatapan untuk hari depan. Kepada yang sudi membaca aku ucapkan terima kasih.
Aku mengaku aku suka berblog. Berkongsi cerita, kisah suka dan duka dengan orang lain (Tanpa aku kisah sama ada orang suka atau tidak...Huhhh...sungguh arrogant kan? Heheheeee....) Kepada teman-teman mungkin ada yang sedar atau mungkin ada yang kurang sedar. Banyak perkara yang berlaku aku kongsikan dalm blog. Kisah suka aku, dugaan, cabaran dan masalah yang aku hadapi. Semua boleh di baca dari blog aku.
Buat masa sekarang ini, perkara yang sering aku kongsikan adalah tentang dua insan ini.
MAK
Mak dan Abah di Sydney pada tahun 2012 |
Penyakit kanser yang mak hidapi buat aku rasa lagi dekat dengan mak. Dekat dengan cara kami yang tersendiri. Manjadi anak kesayangan mungkin impian semua orang tetapi bukan semua orang mampu memenuhi impian tersebut. Ini kerana sayang itu adalah satu perasaan yang sangat halus dan unik. Ia tidak boleh dipaksa walau dengan cara apa sekali pun. Aku tidak berhasrat menjadi anak kesayangan mak (kerana aku sedar aku takkan mampu) tetapi cukuplah sekadar menjadi anak yang berbakti. Itulah impian aku. Doa aku pada Allah agar aku sentiasa diberi peluang dan ruang untuk terus berbakti kepada bukan sahaja mak malah abah juga. Dua insan yang sangat bermakna dalam hidup aku.
RAFAEL NADAL
Photo from Rafa Nadal Fan Club |
Rafael Nadal Parera (Rafa). Im so in love with this guy. :-) Kepada yang tidak mengenalinya biar aku perkenalkan. Rafa adalah pemain tenis no. 1 dunia pada masa ini. Pemain yang berasal dari Sepanyol ini mendapat jolokan sebagai 'The King of Clay' kerana kehebatannya bermain atas gelanggang tanah liat (clay court). Tahun ini merupakan antara tahun paling penting dalam kariernya sebagai pemain tenis professional. Beliau bermula pada tahun ini pada kedudukan sebagai pemaian no 5 dunia, tetapi mengakhiri tahun ini sebagai no 1 dunia. Setelah 7 bulan berehat atas faktor kecederaan, Rafa bangkit pada tahun ini dengan sungguh hebat. Berjaya memenangi 10 kejohanan, 13 pelawanan akhir dan juga merampas kembali takhta sebagai pemain no 1 dunia. Aku merancang untuk membuat entri khas tentang Rafa. Jadi sekiranya berminat sila tunggu :-)
Selain daripada cerita tentang dua insan ini, aku juga kerap berkongsi tentang lunch pack aku. Mula-mula dulu aku saja suka-suka syok sendiri. tapi bila aku tak letak ada pulak yang minta jadi aku kira dah menjadi tanggungjawab pulak untuk aku buat entri pasal lunch pack ni. Kepada yang tak suka aku mohon maaf ya.
Aku sebenarnya tak pasti sampai bila aku akan berblog ni. Dengan keadaan sekarang yang selalu dihambat oleh kesibukan dengan tugasan harian, tanggunjawab terhadap keluarga dan sebagainya kadang-kadang buat aku rasa aku seolah tidak punya masa untuk berblog lagi. Tapi bila difikir balik, aku perlu berlaku adil kepad diri sendiri. Aku perlu terus berblog kerana aku meminatinya. Aku perlu cari masa itu. Jadi insyaallah aku akan berusaha gigih untuk mencari ruang selepas ini. Diharap tidak ada lagi selepas ini blog tidak diupdate berbulan-bulan atau berminggu-minggu. Insyaallah. Kepada yang sudi membaca aku ucapkan jutaan terima kasih.
haaaa...lama x nampak...ingtkan dah stop blogging..gegege...
ReplyDeletemak nape?..kanser ape?..smoga beliau tabah ye...
ada tapi kekadang macam takde...hehehee....mak kene breast cancer...tolong doakan ya...
DeleteTeruskan beb..aku ada sebagai pembacanya :)
ReplyDeleteSemangat terus aku nak mengarut sbb ada orng nak baca...hehhehehee...TQ Beb...
Delete