Skip to main content

Cerita Pasal Mak

Alhamdulillah mak dah selamat menjalani rawatan kemoterapi untuk kali kelima pada hari Jumaat lepas. Seperti biasa mak ditahan di hospital sehari sebelum rawatan dijalankan. Sebenarnya boleh buat balik hari tak perlu menginap di hospital. Tapi memandangkan ini merupakan kali kedua mak diserang kanser dan juga dengan faktor usia mak yg dah 63 tahun, jadi kami nak rawatan lebih teliti untuk mak. Sebab itulah kami minta supaya mak dimasukkan ke wad dahulu sebelum kemo. Jadi mak boleh berehat. Dan ditahan sehari selepas kemo supa pemantauan dapat dibuat. Atas sebab itulah sebenarnya mak perlu masuk wad sehari sebelum kemo dan hanya keluar wad sehari selepas kemo.
 
Kemo berjalan dengan lancar. Kami telah bersedia dengan alat bantuan pernafasan terlebih dahulu. Ini kerana sebelum ini setiap kali rawatan dijalankan mak menghadapi masalah pernafasan. Jadi rawatan terpaksa dihentikan seketika. Oleh sebab itu, kali ini kami minta alat bantuan pernafasan terus diberi kepada mak. Dan Alhamdulillah mak tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang rawatan. Syukur Alhamdulillah.
 
Cumanya kami sedikit bimbang pada hari pertama apabila doktor memberitahu bahawa mak kekurangan darah. Oleh itu tambahan darah perlu diberi kepada mak sebelum mak boleh menjalani rawatan kemo. pada malum tersebut tiada sebarang prosedur berjalan. tetapi pada waktu petang, kami sedikit terkejut kerana tangan mak ditumbuhi seakan ruam yang agak banyak. Kelihatan seperti demam campak. Tetap tidak sakit dan tidak juga gatal. Doktor mengesyaki ia mungkin disebabkan oleh alahan ubat. Ubat yang baru diberikan kepada mak pada hari tersebut. Sekiranya ia tidak bertambah maka ia tidaklah bahaya. Sekiranya ia bertambah mungkin prosedur kemo tak dpat dijalankan. Ahhh cukup membimbangkan. Tapi syukur Alhamdulilah sehingga malam itu ia tidak bertambah.
  
Jadi pada hari Jumaat tersebut, mak memulakan rawatan seawal pagi selepas subuh. Sebelum dimasukkan darah, air dimasukkan terlebih dahulu. kemudian baru dimasukkan darah. Proses ini berjalan selama 4 jam lebih.
 
 
Photo credit to aiennotalien.blogspot.com
 
Bila selesai semua tu, mak menunaikan solat Zohor terlebih dahulu. Selepas solat Zohor barulah proses memasukkan ubat kemo dijalankan. Seperti biasa sebelum ubat kemo dimasukkan, air perlu dimasukkan dahulu. Selesai masuk air barulah ubat kemo dimasukkan. Sebelum ubat kemo dimasukkan, alat bantuan pernafasan diberikan kepada mak. Dan Alhamdulillah sepanjang rawatan tersebut mak tidak menghadapi sebarang masalah. Syukur sangat kepada Allah.
 
Rawatan kemo terakhir (kali keenam) dijadualkan pada 5 Disember 2013. Kali ni aku tidak boleh bercuti kerana ada program yang perlu aku uruskan di pejabat. Tetapi program aku akan berakhir pada waktu tengah hari. Mungkin aku akan cari jalan untuk ke hospital selepas itu. Semoga segalanya dipermudahkan Allah.
 
Kepada semua sahabat, mohon doakan mak kembali sihat seperti sedia kala. Doa kali sangat aku harapkan. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Comments

  1. Allah... risaunya kan kalu jd gini kt mak kita, akak doakan moga mak cpt sihat n kuat dlm menjalani rawatan tu yek...

    ReplyDelete
  2. ya Allahberat mat memandang berat lagi bahu memikulnyerkan... akak doakan dari jauh moga mak Aieyda sihat sesihatnyer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut t...