Kata orang mimpi tu mainan tidur. Ada orang kerap bermimpi bila tidur tapi ada orang jarang bermimpi bila tidur. Aku sendiri jenis yang kerap bermimpi. Macam-macam yang aku mimpikan. Tapi selalunya mimpi aku indah belaka.
Aku rasa bersyukur kerana banyak benda yang aku inginkan tapi tak dapat dapat dunia reality aku dapat dalam mimpi. Sekurang-kurang aku merasa juga walaupun hanya seketikalah. Ataupun bila aku teringat sangat pada seseorang, aku selalu jumpa orang tu dalam mimpi.Jadi dapatlah aku melepaskan rindu aku terhadap orang tersebut. Semalam contohnya aku mimpi jumpa dengan orang yang aku teringat sangat-sangat. Tapi atas sebab tertentu aku tak boleh nak contact orang tu. Jadi bila aku dapat jumpa orang tu dalam mimpi aku rasa seronok sangat. Kuranglah rindu sikitkan...heheheheheee....
Tapi sejak akhir-akhir ni aku baru tersedar. Aku kerap bermimpi tentang satu perkara yang sama ni sejak dulu lagi. Nak tau apa dia? Dalam mimpi aku aku selalu ada keupayaan untuk terbang dan juga melompat-lompat pada ketinggian yang tak masuk akal. Macam Superman dengan Spiderman tu. Heheheheee .
Pic credit to http://umikasum.blogspot.com |
Macam kelakar kan? Bila aku cerita dengan adik dengan kakak aku diorang akan kata semua tu jadi sebab aku suka sangat tengok Superman dengan Spiderman. Aku mengaku aku memang sangat meminati dua watak superhero tu. Sangat-sangat. Aku mmg suka super hero. Jadi mereka kata itulah punca aku sampai termimpi-mimpi.
Tapi aku rasa itu bukan puncanya. Takkanlah hanya kerana aku suka dua superhero tu aku terus boleh terbang dalam mimpi. Aku suka amats anagt Rafael Nadal takde pulak aku mimpi pandai main tenis. Hehehehehe....Kenapa ya? Hmmmm.....Ada tak siapa yang pandai tafsir mimpi ? hehehehehee.....
Hahahah nakal lah kak aida ni.
ReplyDeleteTry tukar spiderman jadi SUPIRMAN.. buleh jgk bawa info kat org kekekeek.
-sebelum kawen sy kuat ngigau- kekekekek.
hehehee...akak tak ngingau tapi mimpi sokmo...hehhehe...kelmarin mimpi terbang jugok lagi...
DeleteTerbang pakai apa kak?
DeleteAda pakai panties kat luar tak? kekekekek opsss!
ha.. ha... oklertu.. baruler cam bestje rleh terbang2...
ReplyDeletemmg best tapi mimpi jelah...heheheh...
Delete