Skip to main content

Selamat Tinggal 2013

2013 bakal meninggalkan kita. Banyak peristiwa suka dan duka berlaku sepanjang tahun ini. Untuk tatapan dikemudian hari aku ingin kongsikan beberapa peristiwa penting sepanjang tahun ini yang berlaku kepada aku dan juga keluarga.

Kelahiran Muhammad Adam Syafiq bin Nor Syaiful Nazlan

Kelahiran Muhammad Adam Syafiq (atau nama panggilannya Adam) adalah anugerah terindah buat kami sekeluarga tahun ini. Adam adalah anak sulung adik perempuan aku, Nor'Ain dan cucu keempat mak dan abah. Kelahiran Adam pada hari PRU13 dengan cukup sifatnya sangat menggembirakan hati kami. Walaupun ada sedikit harapan agar Ain melahirkan seorang anak perempuan kerana mak dan abah masih belum mempunyai cucu perempuan tetapi kelahiran Adam tidak mengurangkan syukur kami kepada Ilahi. Biarlah perempuan atau leaki sama sahaja. Kedua-duanya tetap anugerah dan amanah daripada Allah. Semoga Adam menjadi anak yang baik dan taat kepada agama.



Rafael Nadal kembali ke gelanggang dan berjaya merampas takhta No. 1 dunia.
 
Selepas 7 bulan berehat disebabkan oleh kecederaan, pemain tenis kesayangan aku Rafael Nadal Parera @ Rafa  kembali semula menggegarkan gelanggang pada bulan Februari 2013. Rafa Berjaya kembali dengan cemerlang sekali. Beliau berjaya memenangi 10 daripada13 perlawanan akhir yang disertainya. Antaranya termasuklah mencipta sejarah baru menjadi juara 8 kali Rolland Garros. Dan yang paling menggembirakan adalah beliau Berjaya merampai kembali takhta pemain no 1 dunia daripada Novak Djokovic. Tahniah Rafa!
 
 
 
Disebalik keceriaan dan kegembiraan yang diberikan-Nya, ada juga ujian dan juga kesedihan yang didatangkan kepada aku dan keluarga. Antaranya:

Mak dan Kanser

Berita yang paling menyedihkan buat kami sekeluarga pada tahun ini adalah apabila mak disahkan mengidap kanser. Ini merupakan serangan buat kali kedua. Mak pernah mengidap kanser payu dara beberapa tahun yang lepas. Tetapi setelah menjalani pembedahan dan rawatan mak pulih sepenuhnya. Tanpa kami duga tahun ini mak diuji lagi. Doktor mengesahkan bahawa kanser mak datang kembali. Memang pada awalnya sukar untuk diterima. Tetapi apa kan daya. Apalah kuasa kita sebagai hamba untuk menghalang ketentuan ilahi. Mak perlu menjalani rawatan kemoterapi. Mak dah selesai menjalani 6 kali rawaran kemoterapi. Tetapi masih bertarung dengan penyakit tersebut. Kepada semua kawan-kawan, mohon doakan agar mak kembali pulih seperti sedia kala.  
 
Semoga mak kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Sebagai anak hanya doa yang mampu aku panjatkan kepada ilahi. Mak, eda sayang mak sangat-sangat.
 
 
Aku dan Mak
Mak taknak ambik gambar sebenarnya tapi aku degil nak juga tu yang muka mak masam tu...hihihiiii
 Kehilangan Boss Tersayang
 
Hilang di sini bukan bermaksud pergi selama-lamanya. Tetapi hilang di sini bermaksud tidak bersama-sama kami lagi. Hajah Asiah Daud adalah antara boss yang paling aku sayangi dan hormati. Beliau seorang boss yang tegas dan teliti dalam kerja. Sikap beliau yang cukup menghormati pegawai atasan dan menghargai pegawai bawahan sangat aku kagumi. Beliau adalah seorang boss yang bekerja bersama-sama kita dan bukan hanya pandai memberikan arahan sahaja. Aku kagum dengan beliau. Hak Cipta dan Harta Intelek bukanlah kepakaran beliau. Tetapi apabila diberi amanah oleh pihak pengurusan untuk mengemudi Bahagian Harta Intelek beliau berjaya menjalankannya dengan sangat baik. Beliau belajar daripada semua orang di bahagian ini, dari Pembantu Am Pejabat sehinggalah kepada Pegawai. Beliau sanggup mengambil kelas malam untuk belajar tentang hak cipta dan harta intelek. Dan dalam masa 2 tahun beliau telah menguasai bidang ini dengan baik. From Zero to Hero. Itulah perumpamaannya yang sesuai untuk beliau. Ku sangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Aku memang sedang menyiapkan mental untuk kehilangan beliau pada tahun hadapan kerana beliau akan berpencen pada bulan Jun 2014 tetapi nampaknya beliau pergi lebih awal. Beliau dinaikkan pangkat dan perlu bertukar ke bahagian lain. Tarikh kuat kuasanya adalah pada 1 April 2013. Aku menerima hadiah hari lahir yang paling tak best tahun ni. Bukan aku tak suka ketua baru yang akan menggantikan beliau, cumanya aku tak bersedia kehilangan beliau. Huhuhuuuu...Tapi aku sedar takde apa yang kekal di dunia ini.
 
Kak Asiah, terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan. Halalkan segala ilmu dan juga makan minum yang diberi selama ini. Semoga ukhwah yang terjalin akan berpanjangan selamanya.
 
 
Walau apapun yang berlaku aku redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Ilahi. Jangan bersangka buruk pada Allah. Allah tak pernah mungkin silap dalam menentukan segalanya. Hanya kita yang sering kali gagal menerimanya dengan hati yang terbuka. Semoga segala yang buruk pada tahun ini akan menjadikan aku lebih tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan pada tahun akan datang. Insyaallah.

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut t...