Skip to main content

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org


Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(
 
Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tidak. Pihak hospital akan mendapatkannnya daripada Hospis Malaysia, dan peralatan tersebut diberi secara percuma. Pesakit boleh menggunakan selama mana diperlukan. Dan apabila tidak diperlukan lagi kita boleh memulangkannya ke Hospis Malaysia. Pihak hospital cuma memerlukan kebenaran kami sahaja. Sudah tentulah kami bersetuju kerana semua tu untuk kebaikan mak.
 
Selepas kami memberi persetujuan, pihak hospital menguruskan permohonan peralatan tersebut dari Hospis Malaysia. Tiga peralatan yang dimohon untuk mak adalah 2 oxygen dan sebuah wheelchair. Peralatan tersebut dimohon semasa mak berada di hospital. Apabila pihak Hospis telah menyediakan peralatan tersebut, kami diminta untuk mengambilnya sendiri di Hospis Malaysia di Cheras. Urusannya tidaklah sesusah mana kerana kami cuma perlu menguruskan pengambilan peralatan sahaja. Segala urusan permohonan dengan pihak Hospis Malaysia diuruskan oleh pihak hospital.


Inilah dia peralatan yang diberi kepada mak. 


Oxygen ni mak gunakan di rumah.

Wheelchair ni mak guna untuk ke tandas dan bila keluar rumah

Portable oxygen ni untuk guna luar rumah. Tapi memang tak pernah guna pun.

Mak sempat menggunakan peralatan ni semua untuk beberapa bulan sahaja. Kami memulangkan semua peralatan ni kepada pihak Hospis Malaysia seminggu selepas mak pergi meninggalkan kami. Berat rasa hati kerana peralatan ni meninggalkan banyak kenangan buat kami :-'(
 
Selain daripada menyediakan peralatan untuk dipinjamkan kepada pesakit, Hospis Malaysia juga menyediakan perkhidmatan pemantauan dan kaunseling ke atas pesakit. Jururawat dari Hospis Malaysia akan datang melawat pesakit mengikut jadual. Untuk mak aku, hanya 2 kali lawatan sahaja sempat dibuat. Jururawat tersebut memberikan nasihat dan kaunseling selain daripada memantau kesihatan mak aku.
 
Aku secara peribadi sangat bersyukur kerana apa yang dibuat oleh Hospis Malaysia ini banyak membantu bukan sekadar pesakit tetapi juga keluarga pesakit. Dan kami sekeluarga sangat berterima kasih dengan Hospis Malaysia ni.
 
Kalau anda nak dapatkan maklumat lanjut tentang Hospis Malaysia anda boleh layari laman web Hospis Malaysia,  http://www.hospismalaysia.org.

Comments

  1. akak pun baru tau psl hospis malaysia nih kt sini dik... kadang banyak yg kite tak tau kan... bile kite dh menggunakan khidmatnya baru tau...

    mcm masa aiyan kt IJN, kt IJN ada bahagian utk pembayaran `unit taksiran` nama nyer utk pembayaran bg golongan yg kurang berkemampuan... banyak yg kerajaan sediakn cuma kadang kite tak perasan kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. biasanya bila dah 'kena' kat kita baru kita tau kan?

      Delete
  2. Sy pun pernah dgr tapi tak pernah tahu apa tujuannya.

    Sedihnya baca cerita akak.. moga akak tabah.

    saya dah takde kedua2 ibu bapa :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik. Akak nak buat entri pasal mak tapi masih belum mampu. Tulis skit ni pun mengalir airmata. huhuhuu...

      Delete
  3. (read: saya sebenarnya tak kenal ibu bapa kandung saya- BERGANDA SEDIH).

    Tapi tak apa lah, makan minum saya cukup sempurna.

    Waaaa nanges jugak dah la ni :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ya dik Akak tau sbb akak pernah baca dalam blog awak. Insyaallah kalau ada rezeki pasti berjumpa nanti. Banyakkan doa ya. Akak tolong doakan juga.
      Tapi syukur jugak sbb umi dgn abah awak dah jaga awak dengan baik selama hayat mereka kan?!

      Delete
  4. Salam. Saya nak mohon share catatan saudari dlm FB saya. Boleh?

    ReplyDelete
  5. Thank you friend. Hospis...good explanation

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berba...

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)